Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Sidang mahkamah mula dengan Gopal sambung hujah

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mula bersidang berhubung rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya masuk hari ke lapan.

Ketua Peguam belanya, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyambung semula hujahan semalam.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara Kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rayuan pendengaran, pada mulanya ditetapkan dua hari bermula 28 Oktober telah berlarutan sehingga tujuh hari kerana kedua-dua pihak mengemukakan hujah yang panjang lebar.

Pihak pembelaan memohon untuk membebaskan ketua pembangkang itu daripada sabitan atas kesalahan meliwat manakala pihak pendakwaan mahu mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil untuk ujian daripada mangsa.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan, meminda keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hakim perbicaraan terkilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil pihak pembelaan.

Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.