Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIDUP DALAM KEBANGANGAN

JIKA HIDUP TIDAK ADA AKHLAK MACAM MANA HADI HENDAK BERLAPANG DADA UNTUK BENGHADHIRI MESYUARAT ? DI LUAR SANA MACAM-MACAM  KO RANG MAKI HAMUN PAS, MEREKA LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI PAS, MEREKA-MEREKA DI DEPAN LAIN MACAM, DI BELAKANG SANGAT LAIN MACAM, KALO BOLEH SEBUT NAMA PAS MACAM SEBUT NERAKA JAHANAM, HANGPA YANG TAK TAHU SEPATUTNYA RISIK PERKARA NIH, KITA TETAP MENGUJI MEREKA-MEREKA NI, BILA KITA PAKAI MACAM PERWATAKAN UMNO KEMUDIAN KITA CAMPUR DENGAN GENG-GENG PKR DAP, MAAAAAK TUAN DEPA KATA PAS SATU SENPUN TAK GUNA, PUNYALAH HINAAAAA ! HANGPA ORANG BAWAH PAS  TAK PERLU NAK JAWAB ATAU NAK BERDAKWAH, KAMU BOLEH MENYAMAR DAN PERGILAH PADA KUMPULAM DEPA NI, THAN BARU KO RANG TAHU ! - Pak Karamu

 

Sunday, November 9, 2014


Anwar akan 'paksa' TG Hj Hadi hadir mesyuarat Pakatan Rakyat?

 
Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahli PAS peringkat bawah ni ada jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat.
Sinarharian melaporkan:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.


Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin Pas itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan Pas pada masa akan datang. - Sinarharian.

Aku harap sungguh Anwar ada kaedah untuk pastikan Presiden PAS TG Hj Hadi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat selepas ni.
Macam yang aku update dalam status facebook aku, sebagai seorang ahli PAS aku sesungguhnya sangat-sangat malu bila presiden parti yang aku jadi ahli ditempelah dan dipermain-mainkan sebab kerap tak hadir mesyuarat.

Bertambah malu lagi bila Setiausaha Agung PAS bagi alasan bangang untuk mempertahankan Presiden PAS sampai keluar alasan Presiden PAS tak hadir mesyuarat tu perkara remeh.

Aku sebenarnya tak salahkan Cikgu Mustafa Ali dengan alasan bangang tu pasainya aku pun sebenarnya takdak hujjah atau alasan yang rasional yang boleh aku bagi untuk mempertahankan Presiden PAS kalau ada member yang bangkitkan pasai isu ponteng mesyuarat tu.

Dalam artikel Sinarharian yang bertajuk "Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat" juga dilaporkan:

"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.


"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. - Ibid.
Aku rasa lebih elok kalau Presiden PAS dibagi tanggungjawab untuk tetapkan tarikh mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan datang, lagi elok kalau surat panggil mesyuarat pun TG Presiden PAS yang tandatangan.

Mungkin dengan cara tu takdak sebab dah untuk Presiden PAS untuk ponteng lagi mesyuarat Pakatan Rakyat tu.

Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahjli PAS peringkat bawah ni ada jawapan untuk dijawab bila ada kawan bangkitkan isu yang sangat memalukan ni, malu sebab kami tak boleh bagi jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat.

Lagi satu, walaupun aku dah share dalam facebook tapi aku sebenarnya tertanya-tanya betul ka TG Presiden PAS tak pernah hadir mesyuarat Pakatan Rakyat sejak 20 bulan lepas macam tuduhan imej yang aku tampal kat bawah ni?

Aku harap sangat tuduhan tu palsu dan TG Presiden PAS nafikan tuduhan tu dengan bukti sekali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.