Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

pemimpin pas sudah banyak kepala

Pertikai Fatwa Bukan Pendirian PAS Selangor

Published on Friday, November 2014 09:42

Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Negeri Selangor.

Sehubungan itu, laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Negeri Selangor adalah tidak benar. Terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan kami dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
6 November 2014

2 orang berkata:

Anonymous said...

kalau pas ada wibawa kena buat tindakan

Anonymous said...

Khalid Samad sama mcm saari sugip. satu kapal... IRC@JIM. PAS mesti bertegas dlm hal ni. Untuk Mujahid... PhD tak bermakna ko hebat.. iman tak boleh diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa.. Tn Guru Hj Yusof Rawa ulama' yg hebat... tp anaknya membela SIS yg terang menentang Islam. Patut ler menyerang PAS dari dalam!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.