• Dr Maszlee Malik Dr Maszlee Malik
1 / 1
PETALING JAYA - Tidak ada masa depan bagi sesebuah parti politik Islam yang bersifat ekslusif dan tidak bersama orang lain.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, golongan Muslim demokrat perlu bersifat inklusif dan bersama dengan pihak lain dalam membina masa depan negara.
"Saya bukan hanya maksudkan parti dalam negara kita tetapi saya bercakap atas dasar global.

"Bukan sahaja di Malaysia tapi negara lain," katanya.

Beliau dalam pada itu menyifatkan parti Pas sebuah parti yang bersifat inklusif.

"Pas sebuah parti yang inklusif, buktinya dia (Pas) bergabung dengan PR, dia bersama dengan orang lain.

"Pas telah menunjukkan kebersamaan parti dalam memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, menjawab kepada respons Dr Maszlee, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan mereka  parti yang inklusif dan memegang kepada konsep tahaluf yang dibawa serta diperjuangkan parti.