• TIAN CHUA TIAN CHUA
1 / 1
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan, PKR akan mengadakan himpunan besar-besaran pada hari Sabtu dan Ahad ini di Dataran Merdeka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah melibatkan kes liwat II.

Tian Chua mendakwa, himpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar dan bakal menjadi gelombang kedua reformasi selepas tahun 1998.

"Perjuangan kita tidak akan berakhir.

"Petang ini jika Anwar dihukum, kita akan adakan himpunan besar-besaran hujung minggu ini," katanya ketika menyampaikan ceramah ringkas dihadapan penyokong Anwar di pekarangan Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Tian Chua menambah, himpunan itu diadakan bagi menunjukkan bahawa rakyat masih bersama Anwar.

"Kita akan tunjukkan, kita ada kekuatan, rakyat masih bersama kita," katanya.

Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes rayuan liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.