KALO TAK TAHU PERBUATAN ITU SALAH MAKA MINTALAH AMPUN, NESCAYA ALLAH AMPUNKAN, JIKA TAHU ITU SATU KESALAHAN AKAN TETAPI BUAT JUGA MAKA TIADA KEAMPUNAN BAGI MEREKA, ATAU ADA ORANG YANG MENGATAKAN PERBUATAN ITU TIDAK SALAH MAKA MEREKA JUGA PENGHUNI NERAKA JAHANNAM, SEKALIPUN ORANG ITU TIDAK MELAKUKANNYA- Pak Karamu
Mufti: Lelaki macam wanita dilaknat
KUANTAN - Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan
menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat ALLAH yang jelas
menunjukkan perkara itu haram dalam Islam.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman berkata, kalau lelaki
menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan
sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH.
"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik
kepada ALLAH, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah
mengubah hukum ALLAH ertinya tidak memperakui peraturan ALLAH," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Melainkan, katanya, golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd
Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan
rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak
semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. -
Bernama
2 orang berkata:
99 nam allah salah satu Al hakim ..yg megadili yg menjatuhkan hukum...jadi hanya Allah taala yg menghakimi syurga atau neraka...jadi mengapa kita pula yg nak menentukan syurga ke neraka.....sedangkan nabi muhammad pon bunuh org..nabi khaidir bunuh budak ..mereka ahli syurga...seorang pelacur dan pembunuh, ygmembunuh juga ahli syurga...jadi berhati hari dlm memberi pendapat ..??????kerana pulut santan binasa....
Bukan mereka menentukan syurga neraka,mereka menyampaikan apa yg nabi kata,buat begitu maka jd begini tk payah lwn hukum allah kita akan mati,kalau ingkar hukum allah nk panggil apa kalau tidak panggil kafir,dan kemana mereka yg mati dlm kekafiran kalau tidak keneraka sudah termaktub dan muktamad sama ada percaya atau tidak-bukit bidang srlising
Post a Comment