• Muhammad Shafee Muhammad Shafee
1 / 1
PUTRAJAYA - Sebelum prosiding hujahan bermula, Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah, pihaknya menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membangkitkan isu berhubung beberapa perkara yang dianggap menghina mahkamah.

Muhammad Shafee berkata, dalam satu sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar mahkamah yang memberikan gambaran seolah-olah mahkamah bukan badan bebas dan menjadi alat kepada kerajaan.

"Pendakwaan tidak mahu mengganggu perjalanan prosiding, bagaimanapun Peguam Negara mahu isu ini dibangkitkan di Mahkamah", katanya.