• Notis Merah dikeluarkan Interpol bagi mencari Sirul Azhar. Notis Merah dikeluarkan Interpol bagi mencari Sirul Azhar.
1 / 1
SHAH ALAM - Media Australia hari ini melaporkan, anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah pun ditahan di Queensland.

Koperal Sirul Azhar, 43, dilaporkan sudah semalaman berada dalam tahanan pegawai imigresen di Brisbane selepas notis merah dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol).

Notis merah membawa maksud usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul pada 13 Januari lalu, mengeluarkan waran tangkap selepas anggota UTK itu gagal hadir ke mahkamah semasa keputusan dibacakan.

Media Australia sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia mungkin tidak akan meluluskan permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati.