Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pelajar Malaysia terbunuh rempuhan di Shanghai

  • Kementerian Luar Negeri Malaysia Kementerian Luar Negeri Malaysia
1 / 1
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai semalam yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataaan di sini malam ini, kementerian memaklumkan mangsa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian pada 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu.

Beliau mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan serta menerima rawatan di Hospital Changzheng, di bandar raya itu.

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaan beliau kini dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang lain terlibat," me

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.