• QZ8501
1 / 1
SHAH ALAM – Hanya satu daripada tiga mayat yang ditemui KD Pahang yang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 dapat dinaikkan hari ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, situasi itu berlaku ekoran keadaan laut yang bergelora menyukarkan operasi.

Melalui akaun Twitternya, beliau memaklumkan keadaan itu.

“Dimaklumkan, tiga daripada mayat yg dijumpai KD Pahang semalam, (hanya) satu berjaya dinaikkan ke kapal pagi ini, jam 8.15, kerana laut bergelora,” tulisnya.

Untuk rekod, hari ini, misi mencari dan menyelamat QZ8501 telah memasuki hari kelima.