Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, February 5, 2015

Menjelang keputusan mahkamah, Anwar tawakal sebarang kemungkinan

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah menjelang keputusan perbicaraan akhir Liwat II memberitahu penyokongnya beliau bertawakal dan berserah dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Anwar yang kini berdepan kemungkinan dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara.

"Yang bakal saya hadapi 10 Februari nanti ini, kita bertawakal sajalah dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan," kata Anwar di hadapan kira-kira 100 orang ramai yang hadir mendengar tazkirah Maghrib disampaikannya di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, di Bukit Beruntung, Selangor malam tadi.

Anwar dalam tazkirahnya selepas solat Maghrib menceritakan mengenai kisah tauladan para nabi dan peranan yang perlu dimainkan pemerintah dalam menjaga serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang mengambil peduli tentang masalah dan hal ehwal rakyat.

"Di Selangor, saya selaku penasihat ekonomi sentiasa menasihatkan menteri besar baharu (Mohamed Azmin Ali) supaya mengambil peduli tentang perihal rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari ini.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa yang diketuai Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga penjara 20 tahun dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.