Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Satu berwalak pada DAP dan satu pada PKR ?

Pas tak 'tutup' lagi nama Mat Sabu
  • Mohamad Sabu
1 / 1
SERDANG –Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa akur dengan kepimpinan ulama khususnya presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada beliau suka atau sebaliknya.

Malah pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfouz Abdullah mengakui, beliau sendiri pernah menegur sikap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu yang secara terang-terangan sering bertentangan dengan Abdul Hadi.

“Secara peribadi saya memang sudah tegur (Mat Sabu) pasal perlu beri sokongan kepada ulama dan bantu presiden.

“Memang itu sepatutnya sebagai seorang Muslim, suka atau tidak mesti nyatakan pendirian, dia (Mat Sabut ) tak boleh cakap macam itu (berlawanan)... kalau berterusan macam itu, ramai (ahli) akan menilai(kedudukan Mat Sabu),” katanya kepada  pemberita selepas Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama Pas Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, di sini, semalam.

Beliau juga menyifatkan kepimpinan Abdul Hadi masih relevan meskipun ada usaha untuk menjatuhkannya oleh sebilangan pemimpin Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan ahli Pas yang termakan dengan fahaman Islam liberal.

Dewan Ulama Pas semalam lebih lantang dan tidak lagi berselindung di sebalik kemelut dalaman parti itu dengan memetik nama Mat Sabu dan AJK Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli secara terbuka sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Abdul Hadi.

Perkara itu disuarakan wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin dengan menyifatkan kedua-dua pemimpin Pas itu sebagai biadap dan mendesak Pas Pusat supaya memecat mereka.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika ditanya tentang pemilihan Pas kali ini berhubung jawatan nombor dua itu, beliau berkata hanya ahli Pas akan menentukan calon yang terbaik.

“Terpulang kepada ahli…. kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. (Biar) ahli yang tentukan,” katanya

2 orang berkata:

XUMNO said...

Ha barulah ada Oooom! Ahli2 Oas dah lama mendehem minta kepimpinan Pas ambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menentang presiden dan keputusan parti kerana nak jaga hati "sahabat" PR. Mereka sudah lama menjadi duri dalam daging yang boleh jadi barah pada batang tubuh Pas. Jangan bimbang takut Pas nanti hilang brberapa tokoh. Ramai di kalngan ahli sekarang, terutama gulongan muda yang mempunyai ketokohan yang lebih hebat jika di ketengahkan. Yang menaburkan keraguan selama ini adalah bloger2 macai PKR yang mahu melihat kepimpinan ulama dalam Pas hancur dab dimakukan. Puak2 ini sebenarnya masih ber"bin"kan umno.

Unknown said...

Eloklah geng2 ulama ini bergabung dengan UMNO kerana UMNO dahagakan ulama menjadi pemimpin mereka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.