• PRK ROMPIN Grafik Sinar Online
1 / 1
ROMPIN - [DIKEMASKINI] Nyata kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Rompin tidak mudah digugat lawan apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin menang dengan 23,796 undi menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad yang menerima 14,901 undi.

Hasan menang dengan majoriti 8,895 undi, menurun berbanding majoriti yang diterima BN pada pilihan raya umum lalu.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK P.091 Rompin juga merosot berbanding PRU13 dengan hanya 73 peratus yang keluar mengundi.

Pada PRU13, penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.