Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AUUUUUK, IZAH SIK BULIH MASUK SEGHAWAK !

Nurul Izzah kesal tetap dihalang masuk Sarawak
Nurul Izzah kesal tetap dihalang masuk Sarawak
Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak sewaktu tiba di Lapangan Terbang Miri, pagi tadi.

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini dilaporkan gagal memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri, pagi ini.

Perkhabaran itu dimaklumkan Nurul Izzah menerusi laman Twitternya yang nyata terkejut dengan perkara itu walaupun sudah menghantar surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Jumaat lalu.
“Salah guna kuasa sewenang-wenangnya yang berterusan oleh negeri,” tulis Nurul Izzah pada sekeping gambar notis sekatan kemasukannya.

Terdahulu, laporan awal oleh jurucakap PKR di Sarawak berkata, Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak menerusi Lapangan Terbang Sibu, namun membetulkan kenyataan dengan menukar lokasi ke Lapangan Terbangan Miri.

Nurul Izzah sebelum ini membuat rayuan untuk diberikan kebenaran memasuki Sarawak menerusi sepucuk surat pada 29 April lalu kepada Tan Sri Adenan Satem.


Ia setelah Pengarah Imigresen Negeri Sarawak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk terhadapnya sebelum ini.

Nurul Izzah pertama kali dilarang masuk ke Sarawak pada bulan Disember tahun lalu. 

Namun, Adenan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Nurul Izzah dan ibunya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk masuk jika mereka meminta secara baik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.