Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR TERUS BERIA-IA NAK JATUHKAN NAJIB DEMI RAKYAT ?


'Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib'
Tun Dr Mahathir Mohamad

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih sayangkan Umno, walaupun beliau bertindak meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau keluar daripada Umno kerana tidak suka dengan cara pentadbiran yang dilakukan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib. Selama ini negara kita, walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata (dia) tak salah,” katanya di hadapan ramai hadirin pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, pada Ahad.

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

“Baik sungguh Najib. Yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau tidak pernah meminjam wang RM1 bilion.

1 orang berkata:

Unknown said...

PAS nak mengekalkan najib agar menjahanamkan lagi UMNO terutama di mata ahli2 UMNO keseluruhannya..

PAN nak mengekalkan pemimpin UMNO sbg pengganti najib yg akan memulihkan kembali UMNO terutama di mata rakyat keseluruhannya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.