Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGEMASKINI UNDANG-UNDANG SYARI'AH

RUU persendirian tingkat kuasa Mahkamah Syariah
Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bagi meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah.

"Ini untuk meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah sahaja dan hanya untuk orang Islam," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Abdul Hadi berkata ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. – Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pok kero nih balaci pas dn umno..mainkan ugama

Anonymous said...

Dah jadi barua umno ke pak karamu?
Baru cadangkan usul, belum bentang, belum dibahaskan. Speaker suruh hadi huraikan, tup tup tergagap gagap minta tangguh. Masa caci maki cerca org lain mulut hadi laju ja berkata kata...fasih, suruh huraikan ruu berkaitan islam, lidah kelu minta tangguh.

Bila umno dah sokong pas maknanya ada benda tak kena la tuu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.