Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP SEMAKIN MALAP


Ini masa LGE buat apa yang dia selalu sarankan
Hilmi Yahaya
Hilmi Yahaya

GEORGETOWN - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempraktikkan apa yang dilaungkan dengan meletak jawatan atau berundur sebagaimana yang beliau sentiasa meminta orang lain berbuat demikian.

Dr Hilmi berkata, Guan Eng sebelum ini meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi Peguam Negara telah membersihkan Najib daripada semua pertuduhan.

"Sekarang, sebagai pemimpin negeri yang sentiasa meminta orang lain meletak jawatan kerana dakwaan rasuah, Lim juga harus berbuat demikian.

"Jika Lim mempunyai integriti, beliau harus mengundur diri," kata Dr Hilmi.

Pada Khamis, Guan Eng, 56, didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, Georgetown, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Dr Hilmi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, juga berkata keengganan Guen Eng mengambil cuti atau melepaskan jawatan menunjukkan bahawa prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan yang dilaungkan oleh parti sekarang telah berkubur. 
    
Sementara itu, Adun Pulau Betong, Mohamad Farid Saad berharap untuk melihat kemunculan Ketua Menteri yang baharu pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang.

"Guen Eng perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain dan membuktikan bahawa beliau mengotakan janjinya," kata beliau. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.