Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

tenggelam lemas


Anak nampak tangan ayah terkapai-kapai
Lemas ketika mandi bersama keluarga

TELOK KEMANG - Seorang lelaki T Chithtravelu ditemui mati selepas hilang ketika mandi di Pantai Telok Kemang sekitar jam 9.37 malam tadi. Terdahulu.

Mangsa yang datang dari Telok Panglima Garang bersama isteri dan tiga anaknya dilihat dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang sekitar jam 5.30 petang tadi.‎
[ARTIKEL BERKAITAN: Lemas ketika mandi bersama keluarga]
Anaknya, Tharsini,17, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang adik dan ayahnya menaiki pelampung di kawasan pantai.

"Tapi kemudiannya ayah bersendirian pergi lebih jauh ke tengah laut menaiki pelampung berkenaan.
"Masa tu mungkin ayah tak sedar, dia dah pergi terlalu jauh dan apabila turun (dari pelampung) kakinya tidak jejak dasar.

"Saya nampak ayah terkapai-kapai, tapi tak sempat nak diselamatkan, ayah dah tenggelam dan terus hilang, kejadian sangat cepat," katanya.

Tharsini berkata, pelampung berbentuk buaya itu di bawa dari rumah dan anginnya di sini di sebuah kedai sebaik tiba di pantai Telok Kemang sekitar jam 3.30 petang.

"Ayah sebenarnya pandai berenang dan sepatutnya kami balik semula ke Banting hari ini juga," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh anggota penyelamat di air Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang di bantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Port Dickson.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Azdli Abu Shah yang turut berada di lokasi kejadian berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk di bedah siasat.‎

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karamu....nak ingatkan kpd org yg lancang mulut.

Lain kali jangan lancang mulut dgn menggelar org yg sedang beramal di Masjidilharam sebagai syaitan. Tak elok gitu. Kemalangan di masjidil haram bukan perbuatan syaitan. Mereka org yg sedang mencari keredaan Allah.

Ingat tu.
Jaga jari masa menaip yer...
Susah nak mintak maaf kpd org yg dah kau gelar syaitan tu. Abah dan emak aku pun kat sana skng. Camne kau nak mintak maaf tu?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.