Berita pelantikan pemangku ketua menteri palsu
KUCHING - Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai
Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.
Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.
"Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan
kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat
Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari ini akibat
komplikasi jantung.
Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak dalam satu
kenyataan petang ini turut menafikan maklumat mengenai pelantikan
tersebut serta pergerakan upacara pengebumian Adenan esok.
"Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini
menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat
Astana Negeri untuk membuat kenyataan pemangkuan Ketua Menteri dan
pergerakan majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak Adenan," kata
kenyataan tersebut.
"Kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat
perhatian," kata kenyataan itu.
Untuk pengetahuan awam, Pejabat Yang Dipertua Negeri tidak terlibat
dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak, kata
kenyataan itu. – Bernama
2 orang berkata:
Perjuangan utk islam sebenar? Perjuangan menibai balak? Perjuangan menibai duit kawan jual tanah? Perjuangan menibai duit cikgu agama? Perjuangan rumah kereta baru bini muda? Perjuangan dedak? Perjuangan tak saman? Perjuangan skongkol ketua penyamun? Perjuangan dari syiah untuk syiah? Perjuangan attakfiri? Perjuangan menindas org asli? Perjuangan membabi? Perjuangan barua? Perjuangan pil kuda? Perjuangan kaki empat? Perjuangan monyet? Perjuangan anjing menyalak? Perjuangan daging babi goreng?
Perjuangan al-baghali fil-unta.
Perjuangan menipu Allah, Rasul, umat Islam dan walaun2 biol dlm parti.
Post a Comment