Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA AKAL FIKIR, JANGAN JADI BARUA


Jangan terus jual, tunggu harga lagi tinggi

ALANG IBN SHUKRIMUN | .

DENGAN pelawaan DAP berbaik semula dengan PAS (setelah mengkhianat), ini menandakan parti tersebut sudah berpatah arang dengan pihak lain. Mereka sudah kebuntuan, baru tersedar sudah tersilap pilih jalan.

Dahulu mereka sangka dengan menaja beberapa pemimpin PAS keluar parti dan menubuh PAN, mereka sudah tidak lagi perlukan PAS. Tapi sangkaan itu meleset. Strategi tidak mengena. Tidak sampai 5% ahli PAS berjaya ditarik keluar. Sebaliknya, berduyun-duyun pula yang mendaftar masuk sebagai ahli.

Mereka cuba pula mendekati Bersatu, parti baru serpihan Umno. Harapannya parti itu boleh menyaingi Umno, menarik sebahagian undi melayu supaya mencukupkan sasaran untuk mereka menguasai Malaysia. 

Namun hampa, harapan itu juga jauh dari realiti. Tun M sudah tidak lagi didengari dalam Umno. Baki dedak yang boleh ditabur tidak setanding dedak khazanah negara.

Siapa lagi boleh diharap. PKR? parti itu sendiri hidup bertongkatkan PAS. Mana pernah dalam sejarah mereka berdiri atas kaki sendiri?

Takkan mereka mahu berbaik dengan Umno pula? MCA nak letak di mana? Lagipun mustahil parti kebangsaan melayu itu boleh terima cauvinis cina.

Mahu tidak mahu, tebalkan muka, sorongkan pipi, hulur salam perdamaian. Nak lagi syahdu, tambah sedikit dengan airmata buaya ala-ala Obama.

Begitu mudah menjual maruah demi cita-cita politik. Yang berhati tisu mesti terus menyangka si tua licik ini sudah insaf, macam mereka lupa kerakusan Tun M selama ini. Itulah melayu.

Tapi kita bukan sekadar melayu. Kita melayu yang beriman. orang beriman tidak mudah jatuh di lubang sama dua kali.

Apa yang boleh dikatakan, kini harga PAS menjulang naik. Dengan Umno tidak habis-habis berusaha untuk bersatu, pembangkang juga sudah tiada pilihan lain. Keduanya mahu lamar PAS, berebut-rebut sampai bercakaran.

Tapi barang diingat, mereka mahukan kita bukan kerana dasar kita, tapi untuk menumpang kelebihan yang ada pada kita, tidak ada pada mereka. Mereka semua ada sudah punya agenda, dan kita juga ada agenda tersendiri.

Justeru jangan terus terima harga yang ditawar, walau tampak mahal sekalipun. Kerana jangkaan pasaran politik sekarang, akan datang lagi bertambah mahal. Bagus PAS kekalkan dengan status quo sekarang; boleh didekati tapi sukar dikuasai.

'Jual mahal!'
Jual mahal bukan sahaja dengan pihak di luar sana, malah turut jual mahal dengan pihak yang ada kita hubungan sekarang. Dengan nilai semasa kita sekarang, sekufukah lagi kita bersama mereka?

Jangan takut kalau terpaksa berputus hubungan dengan pihak yang kini dianggap rakan. Bukankah DAP yang kini datang melutut, dahulu kita tegas berputus dengan mereka?

Ya, saya maksudkan PKR. Rasanya setiap negeri, setiap peringkat sudah terlalu banyak menyimpan rekod hitam dalam kerjasama dengan PKR. Dan sehingga kini mereka terus menyombong, sanggup melakukan perkara-perkara yang mengguris hati kita sebagai kawan. Kerana percaya kita tak berani lepaskan mereka.

Rasanya ahli sudah lama bersedia mahu berpisah dari PKR. Mereka sudah bersedia ditendang keluar dari kerajaan Selangor, sebagaimana PAS Penang bersedia letak segala jawatan berkait kerajaan negeri.

Buat apa takut di Selangor. Kita kan ada sultan? Dengan rekod Langkah Kajang, kita yakin Duli Yang Maha Mulia Sultan akan berperanan.

Dedahkan segala pengkhianatan mereka yang kita terpaksa telan sebelum ini. Benarkan ahli bawahan bersuara meluah segala rasa di dada. Biar semua tahu. Biar warna sebenar PKR terdedah.
PAS kenalah berani berjual mahal. Kena ada izzah sebagai pejuang Islam. Selain tuntutan Islam, ini juga salah satu strategi politik agar pihak lain mengalah.

Ingat dulu, PKR pernah ugut untuk buang PAS dari kerajaan negeri kalau PAS tekad nak bertanding di PRK Sungai Besar. PAS bertanding juga tanpa peduli, dan mereka tak buang pun PAS.

Acah saja lebih!
Mereka cuma acah berkuasa dan hebat. Sama macam Rafizi acah dengan kajian gempaknya. Jangan terkesan. Teruskan mencatur langkah penuh seni. Seluruh negara sedang memerhati penuh hati-hati.

Setiap bulan ahli PAS bertambah ribuan orang. Petanda paling jelas, Allah muliakan kita, Allah angkat nama kita selagi kita berpegang pada prinsip dan dasar yang bertepatan dengan agama-Nya.

PAS sombong? Rasa diri terlalu kuat? Bukan begitu. PAS cuma mahu mengajar orang hormat dan terima perjuangan kita. Sudah acap kali PAS ditipu kerana baik sangka terhadap rakan tahaluf. Tiba masa PAS perlu bertegas.

Dulu masa Umno lemah, mereka pelawa kita bersama. Tapi bila sudah kembali kuat, kita ditendang pula.

Dulu bila DAP terdesak mahu sokongan melayu, mereka ajak bersama dengan janji tidak akan ganggu perjuangan syariat PAS. Tapi bila sudah dapat sokongan yang diperlu, mereka jadi yang paling hebat mengganggu.

Dulu masa perlukan tenaga PAS, PKR kata Langkah Kajang tak ada kaitan dengan MB. Namun setelah menang di Kajang, paksa PAS tolak MB pula.

Ibaratnya, habis madu sepah dibuang.
Cuba perhatikan situasi kini pula. Bila PAS bawa agenda RUU355, parti politik lain tak ada kuasa menghalang. Yang ada kuasa pun tak berani menyekat. Yang awalnya menentang, kini berkendur dan kelihatan terpaksa sokong bimbang dibenci.

PAS bebas menumpukan cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah negara, tanpa perlu terikat dengan sesiapa. Bukankah ini lebih baik?

Kali yang pertama, Nabi SAW terima perjanjian bersama musyrikin Quraisy dalam peristiwa Hudaibiah. Namun setelah dikhianati, tiada lagi peluang kali kedua walau melutut merayu.

Dalam tempoh perjanjian, Islam beroleh manfaat melebarluaskan dakwah di Mekah. Ancaman arab tidak lagi berlaku. Maka alangkah rugi kalau perjanjian ini dibatalkan.

Tapi Nabi tegas tidak lagi memberi muka pada pengkhianat. Islam perlu ada maruah. Dengan tekad baginda menunjuk izzah sebenar Islam. Nasib masa depan diserahkan kepada Allah.

Lalu apakah kesudahannya? Fathu Makkah! Sebuah negara jatuh ke tangan Islam. Orang masuk Islam berduyun-duyun. Semua kerja Allah Taala. Subhanallah!

Agenda PAS cukup mudah; martabatkan Islam. Sesiapa mahukan dokongan PAS, mereka perlu dokong agenda perjuangan ini dahulu. Kejujuran itu mungkin boleh diukur sekiranya semua parti yang melutut bersetuju menyokong RUU355.

PAS masih terbuka untuk sebarang kerjasama. Tapi perlu hafal kata kunci yang cukup mudah ini; letakkan PAS sebagai nakhoda, bukan lagi sebagai anak tangga. Biar PAS pacu bahtera kerjasama itu dengan syariat, bukan lagi ideologi dan akalan sesat.

Sama-sama tengok bagaimana PAS selesaikan masalah umat ikut cara Islam. – HARAKAHDAILY 2017

13 orang berkata:

Anonymous said...

Cantikkkkkk....
Jangan terima dap dan bersatu. Tq2.

Kita teringin sangat nak tengok Kelantan tergolek2

Anonymous said...

Nak sangat tengok hadi terkebil2 bijik mata lepas pru14 nanti

Anonymous said...

Yea...yea...lupa plak....ahli pan dan berganda 10

Anonymous said...

Ni sekor lagi baruabyg terpeecaya propaganda sendiri...aduihhh

Anonymous said...

Dunia-dunia.. PAS masuk bakul angkat sendiri.. Nauzubillah.. org takbur selalu rugi.
Janji Allah tu benar. Apabila ulama tu lalai dan tidak perihatin dgn masyarakat disekelilingnya.. sedang masyarakatnya dlm kesusahan dan negara menuju kehancuran, mereka pula berbangga dgn ilmunya.
tgulah Allah, akan menghantar musuh yg akan menghancurkan... sehingga ulama tu berada di kedudukan yg hina-dina.
Kemudian tiap-tiap satu peristiwa akan berulang-ulang dan silih berganti.

Anonymous said...

Perjanjian , PKR menerajui negeri. Sape pemimpin dari PKR , PAS kene setuju. Langkah Kajang ke? Langkah Kajol ke? PAS ke terima , tu hak PKR. Itu baru setiakawan.
Tiba-tiba PAS langgar perjanjian, tu tak ikut Islam. Tu cara kafir.

Anonymous said...

Hadi...Jgn terima dap di. Tolong di.aku nak sangat tgk bos jual balak keluar rumah angkut kotak kain baju.

Anonymous said...

Ana risau tok gulu kita tu ada mesalah jantung je.... lepas pru ente2 kena tengok lebih sikit.

Anonymous said...

Kalu lepas keputusan pru dibacakan ente nampak Tok gulu muka pucat dan mata terkebil2, ente tolong cari unta bawak Tok gulu pegi hospital jantung naa

Anonymous said...

Ko sebok apa hal?
Ko tak tau ke kita org walauntaa ni dah ada tiket masyuk sorga otomatik?
Kita orang walauntaa ni guna ijmak olarmamak Wal harammu Wal halalku

Anonymous said...

Aku bimbang sangat kalu pas klantang tewas. Maklumlah untaa2 tu banyaknya dari saluran 1......takut byk yg kena sesak napas...



Kena sediakan byk pil kuda neh....

Anonymous said...

Aduiii.... kesian aku baca...perasan habih dia naaa....pas tu...sikit sikit cerita zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Apa dia ingat nie...dia tu hebat macam Nabi kita ker???
Kalau berbahas pasal agama...memang aku kalah punyer...
Tapi...kalau ingat politik kat malaya nie kau owg nak jaja sama ngan zaman Nabi... sori la bro...
Lu kalah punyer... tak payah guna ayat kun fa ya kun tu... lu owg tak.layak pakai pun... puiiii...

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.