Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MENENTANG PENDEK AKAL, BAGI BUKAN MUSLIM MEMANG MEREKA MENENTANG RUU 355 ITU KERJA AIB MEREKA

RUU355: Ulasan menarik Raja Petra



RUU355-"BUKAN SETAKAT MENAIKTARAF MAHKAMAH SYARIAH, BAHKAN MEMBAIKPULIH KELUHURAN PERLEMBAGAAN"

Menarik juga tulisan Raja Petra bertajuk
"RUU355 IS PERFECTLY CONSTITUTIONAL" . Dia menjawab beberapa persoalan yang sengaja ditimbulkan oleh para penentang usaha ini supaya mereka yang tidak celik undang-undang dan perlembagaan Malaysia meragui usaha ini.

Memandangkan tulisan tersebut dalam Bahasa Inggeris dan agak panjang, saya cuba simpulkan dengan beberapa penambahan seperti berikut:

1. Persoalan pertama ditimbulkan adalah RUU355 boleh mewujudkan situasi dual-legal system ataupun sistem dua undang-undang di Malaysia.

Sebenarnya, sistem dua undang-undang telah wujud sebelum Malaysia ini ditubuhkan lagi! Bahkan, Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 ditubuhkan atas persetujuan membahagikan dua set undang-undang antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Apabila mencapai kemerdekaan tahun 1957, dan juga setelah tertubuhnya Malaysia tahun 1963 hinggalah sekarang, sistem ini masih kekal sebagaimana dahulu!

2. Persoalan kedua adalah RUU355 ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya, ia langsung tidak bertentangan malah selari! Ini kerana sebagaimana yang termaktub dalam jadual kesembilan perlembagaan, kerajaan persekutuan hanya berkuasa dalam bidang tertentu seperti keselamatan, pendidikan, kesihatan, petahanan, urusan luar negara dan beberapa yang lain. Negeri pula masih memiliki kuasa eksklusif melibatkan soal agama, tanah dan hasil mahsul, air, tradisi dan beberapa yang lain.

Maka RUU355 adalah urusan agama yang berada di bawah kuasa negeri. Kerajaan persekutuan tidak berhak mengganggu perkara ini melainkan sekiranya undang-undang tubuh atau enakmen peringkat negeri bercanggah dengan bidang kuasa persekutuan.

3. Apa yang menarik menurut pandangan RPK ialah, jika persekutuan menyekat hak negeri ini, maka negeri boleh membuat keputusan untuk keluar dari persekutuan Malaysia, sebagaimana yang telah Singapura lakukan. Walaupun kita bukan mahu menuju ke arah itu, tetapi harus disedari bahawa kuasa negeri masih wujud dan kuat sehingga kini walaupun dibayangi kekuasaan kerajaan persekutuan.

4. RPK memberi contoh yang agak menarik. Ketika minyak dijumpai di Terengganu tahun 1972, kerajaan lekas merangka akta petroleum sehingga digazetkan tahun 1974. Secara asasnya petroleum adalah hak kerajaan negeri mengikut jadual kesembilan. Tetapi dengan akta tersebut, hak negeri cuma beroleh petroleum (kalau tak silap 5%). Tanpa akta ini, Terengganu hari ini sudah menikmati 100% hasil petroleumnya! Mungkin juga Menara Berkembar Petronas sudah berada di Paka ketika ini!

Maka dalam perkara agama Islam, tiada sebarang akta yang menetapkan urusan Islam ditadbir oleh persekutuan. Yang ada hanya akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah atau dikenali sebagai akta 355. Akta ini sekadar menetapkan had hukuman yang boleh diambil dalam kesalahan syariah. Di samping itu ada beberapa lagi akta tetapi tidaklah sampai agama Islam menjadi urusan mutlak kerajaan persekutuan.

5. Sebagaimana akta petroleum, akta 355 adalah suatu akta yang sebenarnya mengganggu maksud perjanjian persekutan yang dimeterai sejak dahulu. Justeru usaha RUU355 bukan sahaja satu projek menaiktaraf mahkamah syariah, tetapi juga sebuah projek mengembalikan keluhuran perlembagaan agar ianya benar-benar mengikut roh yang sebenar.
Syabas RPK! Tulisan anda sangat membuka minda!

Alang Ibn Shukrimun
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

19 orang berkata:

Anonymous said...

WAHAI ORANG2 YANG BODOH...

TAK BOLEHKAH KORANG BERSATU RAMAI2 DARI SEGI UGAMA UNTUK NAIKKAN ISLAM SEBENAR?

TAK BOLEHKAH KORANG BERSATU RAMAI2 ATAS NAMA POLITIK UNTUK JATUHKAN UMNOBM YANG MENYUSAHKAN KAMI?

ADAKAH KORANG RAMAI2 NI AHLI POLITIK SIAL SEMUANYA.

Anonymous said...

Korang ahli2 politik ni sebenarnya cuma ayam jantan yg berkokok berderai2 tapi ekor bergelumang taik. Tak guna sesen pun. Baik yg berjubah mahupun yg tak berjubah.

Sbb korang ahli politik ni tak rasa hidup macam aku, penjual nasi lemak tepi jalan. Korang ahli politik ni memang tak guna sesen pun.

Tar Snake The Cagu said...

Ceh....mamat penakut tak berani balik malaysia tu pun pak karam nak percaya?? Mamat ni temberang je lebeh...

Cuba pak karam ajak dia balik Shah Alam minum teh kat Hard Rock Cafe. Berani ker dia?

He3

Anonymous said...

Jom kita tolak parti fahaman syiah. Lebai syiah tak ada masa nak fikir pasal gst dan 1mdb

Anonymous said...

Pkr,pan, pas, dap, bersatu VS BN, aku boleh kompom kita dapat PM baru.

Masalahnya, Pas bodoo

Anonymous said...

Aku pun pelik la, kat bahagian mana dlm hati lebai hadi dan beberapa ketul baruanys tu yg busuk sangat sampai tak boleh nak penuhi harapan rakyat marhaen tu?

Anonymous said...

Anon 4.03.. sebab tu jadi penjual nasi lemak tepi jalan jer. Bercakap pun x reti guna bahasa yg baik. Peniaga macam ko bukan ada rasa tanggungjawab dgn ugama. Yg ko tahu nk memenuhkan temolok saja.. ptui...

Anonymous said...

Sokong anon 403. Ahli politik memang macam sial. Nak penuhkan tembolok sendiri dengan macam2 brand. Ada brand lebai, ada brand tali leher. Semua sbb RM, ranjer dan xeilfire

Anonymous said...

Parti syiah kat tehran kan?

Anonymous said...

Terbaik dari rpk. Mudah2an semua ahli pas sedar dan menerima pandangan yg mulia rpk ini.

Anonymous said...

Anon 430. Hasil jual nasi lemak lebih halal drp dedak rompak dan dedak 90j

Anonymous said...

Kalu nasik lemak ko jual tu ko letak gst 6% pom ok jugak. Alaa tak menjejaskan org miskin pom

Anonymous said...

Kalau nak sokong ruu 355 ni mai la balik malaysia. Sokong dari jauh wat pe....

Anonymous said...

Banyak orang dah lintang pukang. Ruu 355 dia sokong tapi hudud dia reject. Heran betol la

Anonymous said...

Kalu ada telo mai la balik msia.

Anonymous said...

Kat Msia pun ada Parti Ajaran Syiah.

Anonymous said...

Dedak ketua penyamun lg kuat mandremnya. Lebai pun boleh tergadai iman.

Anonymous said...

Anon 430. Rakyat marhaen semakin terhimpit dgn kos hidup yg membebankan. Lebai2 jual agama sibuk nak hidang ruu355 utk kenyangkan perut org2 miskin. Lebai2 bodoh.

Ruu355 bkn hukum Allah dan tak adil. Denda tinggi2 org muskin gak yg kena. Org2 kaya lepas sbb boleh kawtim dgn duit. Pas sanggup mempermainkan hukum Allah dan peralatkan Islam demi menagih undi org melayu.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.