Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP BILA KUAT DIA LUPA PAN, BILA DIA LEMAH DIA CARI PAS, CELAKA PUNYA KAWAN

DAP lupa kawan apabila ada sokongan kuat
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM – Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh mengganggap DAP sebagai sebuah parti yang lupa kawan apabila memiliki sokongan kuat pelbagai pihak.

Beliau berkata, DAP melakukan pengkhianatan dan tidak menghormati parti Islam ini melalui beberapa tindakan mereka yang dianggap keterlaluan ketika bersama Pas.

“Kita (Pas) hendakkan sebuah parti yang dapat kerjasama dan hormati satu sama lain.

“Ini tidak, bila kuat dia (DAP) lupa kawan, bila lemah baru cari kawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan bahawa pihaknya akan berbincang dengan peguam berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengaitkannya sebagai anti Islam.

Mengenai perkara itu, Zawawi memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya DAP ingin menyaman presiden Pas tersebut.

“Kalau dia (Kit Siang) nak saman, saman sajalah. Biar dia saman dulu, kita tengok macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Zawawi memaklumkan bahawa DAP sememangnya anti Islam berdasarkan kenyataan dikeluarkan pihak berkenaan sebelum ini yang mengkritik agama suci ini.

Katanya, Pas tidak pernah melakukan tindakan mengkritik agama lain di dunia ini sepertimana dilakukan oleh DAP.

“Disebabkan itulah, kita gelar mereka sebagai anti Islam kerana kritikan yang mereka sendiri keluarkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ugutan saman oleh Kit Siang  tidak memberi kesan kepada Pas sebaliknya masyarakat Islam akan semakin jelas dengan sikap sebenar DAP.

Katanya, DAP mengkhianati Pas dua kali iaitu semasa dalam Barisan Alternatif pada 2001 dan Pakatan Rakyat.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas bila nak berenti jd barua PH di Selangor? Sila berambus secepat mungkin.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.