Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEGAMAT PULA BANJIR

11 sekolah di Segamat ditutup akibat banjir
Banjir baru

JOHOR BAHRU – Sehingga jam 3.30 petang ini sebanyak 11 sekolah di Segamat terpaksa ditutup membabitkan 1,041 murid susulan kejadian banjir di daerah itu yang berlaku akibat hujan tanpa henti sejak petang, semalam.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif berkata, sekolah yang ditutup termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Central Site, SJKC Ladang Voules, Sekolah Kebangsaan (SK)  Redong dan SK Melayu Raya

“Sekolah lain yang turut ditutup ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Gomali, SJKT Ladang Segamat, SJKT Sungai Muar, SK Sawah Baru, SK Kampung Tenang, SK Bukit Tunggal dan SJKC Tenang.

“Seramai 1,041 murid terbabit dalam penutupan sesi persekolah ini iaitu terdiri daripada 541 murid lelaki dan 468 murid perempuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shaharudin berkata, kesemua sekolah yang ditutup disebabkan masalah terputus hubungan serta mula dinaiki air dan arahan penutupan sementara diambil bagi memastikan keselamatan murid dan kakitangan sekolah tidak terdedah kepada bahaya.

“Sekolah yang ditutup akan beroperasi seperti biasa selepas keadaan terkawal dan disahkan selamat.

“Ketika ini kita sedang menggerakkan usaha memindahkan murid yang masih berada di sekolah dengan bantuan bot atau lori yang disediakan petugas keselamatan kerana ada sekolah yang tidak dapat dilalui dengan kenderaan biasa,” katanya.

Selain itu katanya, SK Peta di Mersing turut dilaporkan terputus hubungan hubungan membabitkan 33 murid dan 12 kakitangan sekolah yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir Taman Negara.

Katanya, tiga sekolah iaitu dua di Tangkak dan satu di Kota Tinggi turut digunakan sebagai PPS banjir bagi menempatkan 59 mangsa dari 12 keluarga.

“Sekolah yang terlibat sebagai PPS termasuk SK Salang, SK Serom 8 dan SK Mawai,” katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sebelum ini dalam satu kenyataan memberitahu, turut membuka Bilik Gerakan Banjir yang boleh dihubungi menerusi talian 07-2311474 bagi menghadapi banjir.

JPN Johor turut melancarkan khidmat sukarelawan menerusi program ‘Smart Support Team’ (SST) membabitkan guru kaunseling bagi membantu dari segi sokongan emosi terhadap mangsa khususnya kanak-kanak yang terbabit dalam kejadian banjir.

2 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Anonymous said...

Dugaan dr Allah.
Banyakkan istigfar

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.