Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA KALDAU TAK SEDAR IA KALDAI



Monday, January 23, 2017
Perancangan Sulit & Rapi Untuk Pecahbelahkan Pembangkang 

Menarik pula apabila membaca komentar puak parti PAN ini.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjptDEoO8CtIjEN8oYCDItB30KdZX_d7OPML5UgVbgz_TrWDWkKBlVhh8B5SrcPKDcOVvpK-UMtbBD16rPC7StCO42oAS3g0wEGrig8uj14fwAfO0IZTY7dRmAoMtsSvG0ExV8ZX7PbYorF/s320/.bangkrap1.jpg

Mereka berkata 'mana-mana gabungan pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 nanti perlu ditolak kerana ia bukan bertujuan untuk membantu pembangkang sebaliknya menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional'.           

Didakwa wujud blok ketiga sebagai perancangan sulit dan rapi untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang.        

PAN juga mendakwa bahawa PH akan melancarkan “kempen besar-besaran ke seluruh negara” kononnya untuk menyedarkan orang ramai yang blok ketiga ini “adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN”. 

PAN mungkin terlalu naif dan menganggap rakyat adalah bodoh. Parti itu sendiri terhasil daripada serpihan parti PAS. Manakala pihak yang terlibat secara tidak langsung untuk memecah-belahkan parti PAS ialah parti cauvinis DAP. PAN dan DAP berada di dalam PH, maka amat bodohlah jika PAS mahu merendahkan maruah mereka bersama 2 parti itu.

Lebih bodoh lagi apabila melihat aksi parti cauvinis DAP yang menuding jari kepada UMNO dan BN yang kononnya bekerjasama dengan PAS padahal parti cauvinis itu yang sedang tidur bersama PAS dalam kerajaan negeri Selangor!       

Sebelum ini kita telah mengutarakan grand plan DAP apabila parti itu mengutuk dan menghina Presiden PAS tanpa belas kesihan. Malah, DAP bernafsu besar meneruskan tindakan mereka tatkala PAS bakal mengadakan Muktamar PAS yang akan menentukan kepimpinan baru parti tersebut.      

Kita tentu hairan kerana tindakan DAP itu sudah tentu memberi impak dan menjejaskan peluang pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan Abdul Hadi Awang tetapi mesra-DAP.

Abdul Hadi Awang diserang bertali arus hingga wujud sentimen benci DAP dan sekutunya dalam PAS hingga berlaku tsunami politik yang menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang mesra-DAP itu And the rest is history.         

Ironinya, dengan segala bukti didepan mata, mereka tidak marahkan DAP apabila kalah dan ditendang keluar dari kepimpinan PAS Pusat. Sebaliknya mereka menggunakan teknik lumrah murahan Pembangkang iaitu menyalahkan UMNO padahal mereka sendiri tahu bahawa UMNO tiada kena mengena dengan kekalahan mereka.    

Dan apabila
serpihan PAS ini berada di dalam genggaman DAP, maka mudahlah parti chauvinis ini meluaskan pengaruh politiknya terutamanya di kalangan kaum Melayu, satu kaum yang sebelum ini sangat sukar (dan diharapkan tetap sukar) untuk ditembusi DAP. Kita tidak pernah lupa dengan sejarah hitam DAP yang bersikap subversif dan sangat kurang ajar menghina teruk Melayu dan hak-haknya.       

Kita pun tahu bahawa parti PAN tidak mempunyai kekuatan akar umbi. Mereka terpaksa memburuk-burukkan parti PAS dan UMNO dengan harapan ada yang termakan dengan dakyah mereka.       

Tetapi itu sahaja tidak cukup kerana kita tahu bahawa parti PAN berada di bawah telunjuk parti cauvinis DAP. Kita juga tahu bahawa PAN adalah tunggangan DAP untuk mengaburi orang Melayu Islam.      

DAP pula mesti ditolak kerana dasar-dasar partinya yang menghina Perlembagaan Malaysia :

6 orang berkata:

Anonymous said...

Jadilah keldai2 parti lebai penunggang agama.

Anonymous said...

Terimalah hakikat pakkaram...
Keldai tetap keldai...
Untaa tetap unta...

Walaupun menyamar dgn janggutnya!!

Anonymous said...

Kaldai dipakaikan serban, tetap dipanggil kaldai.

Anonymous said...

Bila keldai nak saman SR?

Anonymous said...

Keldai2 lebai penunggang agama yg berhimpun boleh ke mengundi ruu355 di parlimen nnt?

Anonymous said...

Nak kalahkan bn demi rakyat sebenarnya senang sangat waktu ini. Malangnya ada parti yg sanggup jadi anak tangga utk umno.

Tak apalah.
Mereka bukan ahli politik yg berkhidmat untuk kita pun. Mereka cuma berkhidmat untuk poket mereka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.