Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal

Perbincangan Pas - Bersatu secara tertutup di Bangsar
Perbincangan Pas - Bersatu secara tertutup di Bangsar

KUALA  LUMPUR - Perbincangan antara Pas dan Bersatu diadakan secara tertutup di Bangsar pada jam 11 pagi tadi bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti dalam blok pembangkang.

Difahamkan perbincangan tersebut diketuai Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pas oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, status terkini atau kata putus mengenai pertemuan tersebut masih belum diketahui.
Sebelum itu, Pejabat Agung Pas menjadi tumpuan para pengamal media sejak pagi lagi bagi membuat liputan mengenai pertemuan Pas - Bersatu memandangkan tiada maklumat diberikan berhubung pertemuan tersebut.

Ketika dihubungi, baik pemimpin Pas mahupun Bersatu mengunci mulut untuk memaklumkan perkara itu.

Terdahulu, dalam laporan Sinar Harian semalam melaporkan hari ini Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan rundingan kerjasama menjelang PRU14.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu Pas duduk semeja esok]

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukan tanpa mempedulikan Islam.

“Oleh kerana wakil-wakil Bersatu dan Pas akan bertemu dalam rundingan berikutnya, saya fikir elok saya tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kenyataan tersebut.

“Insya-ALLAH kita lihat apa hasilnya selepas pertemuan itu,” katanya.

22 orang berkata:

Anonymous said...

Mudah2an gagal.
Amin..
Aku nak tengok pas lingkup di kelantan.

Ya Rab, gagalkanlah usaha pas ini. Pupuskanlah parti pas dari muka bumi ini. Aminn

Anonymous said...

Pas hanya perlu mengekalkan gabungan PIGS jika ingin mempertahankan Kelantan.

Anonymous said...

Boleh menangis unta2 yg baru kutuk tun madey hari tu kalu rundingan tu berjaya...heeee

Anonymous said...

Aku pom nak MB baru dari parti lain. Husam Ok. Mustafa mohamad pom OK.

Anonymous said...

Kalau rundingan ni berjaya, kita guna strategi lain. Kalu calon pas jadi wakil, kita gi turun candat sotong. Kalu calon bersatu jadi wakil, kita gi mengundi.

Janji pas tegolek

Anonymous said...

Terbaik

Anonymous said...

Zuhdi setuju ke?

Anonymous said...

Nurul islam setuju tak?

Anonymous said...

Jangan jilat balik kahak tu yer!

Anonymous said...

Tapi kalu nak jilat jugak, terpulanglah.

Anonymous said...

Pas sebenarnya amat memerlukan sokongan bersatu sebab penyokong pkr, dap dan amanah sudah tak nak undi pas lagi. Kesian tengok pas sekarang.

Anonymous said...

Nak terima rasa malu.
Tak terima takut kalah.
Susah jugak kalau mulut jamban ni

Anonymous said...

Bersatu boleh mintak 8 kerusi pas kat Kelantan. Pas kena la bagi.

Anonymous said...

Pakatun haprak pun harap Pas juga utk menang.cuba tgok di selangor n serawak habis tergolek.kalau tak ada pas husam pun akan melepas le di Kelantan.Ayuh Terenganu,Kedah biar aje pakatun tergolek

Anonymous said...

Pas sebenarnya yg dah kelam kabut. Sbb tu nak bincang dgn bersatu. Sbb org2 atas dah tau mesti kalah punya pru 14 ni. Sbb tu dlm malu2 alah dia masih harap bersatu dgn harapan bersatu pujuk geng pr undi mereka.

Dekat2 pru besok lagi kuat mereka ni meroyan nak baik semula kat ph. Tak percaya, tunggulah... mereka takut hilang kelantan tu.

Anonymous said...

Pas perintah kedah tu pun sbb ada bantuan kerusi pkr dan dap. Kalu tak, memang tak merasa la.

Anonymous said...

Kat selangor kalu pas keluar pun tak jadi kudis sbb hubungan baik pkr dan dap demi rakyat. Dulu ada 2 orang bekas adun pas selamatkan keadaan. Lepas peristiwa tu, org halau pun unta2 tak nak kuar.

Anonymous said...

Dpt jawatan pun sbb menumpang je. Tapi dia punya bongkak, pehhhhh!! Macam dia pulak yg pegang majoriti

Anonymous said...

Pas kalah lagi bagus

Anonymous said...

Pas kalu menang pun rakyat tak untung apa2. Pas kalah pun rakyat tak rugi apa2. Boleh abaikan je

Hamba Allah said...

Penyokong pkr pan dgn bersatu rmai ka yg nk sokong PAS...nk komen tu biaq logik akal bkn logik kosong...sah2 anjing dap

IBU SARTIKA said...

Terima kasih pak sukiman atas informasi nya. Karna berkat pesan bapak. Saya menghubungi beliau dan alhamdulillah saya di bantu dan di berikan nombor Toto.4D alhamdulillah tembus sekali lagi terima kasih pak. Sukiman.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.