Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Orang tua pandai berlakon

Matlamat sebenar Kit Siang terbongkar
Shahrizat Abdul Jalil
 
Shahrizat Abdul Jalil
 

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai permintaan DAP untuk jawatan timbalan perdana menteri telah membongkar agenda dan matlamat sebenar penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Shahrizat berkata, agenda dan matlamat itu adalah bagi memastikan DAP mengetuai Pakatan Harapan mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya.

"Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ini secara tidak langsung mengakui dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Lim Kit Siang bakal pegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika pakatan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

"Kedua-dua jawatan ini pasti akan menjadikan Lim Kit Siang lebih berkuasa daripada (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir," kata Shahrizat dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, PRU-14 sebenarnya pertandingan antara dua kuasa besar politik di Malaysia iaitu Umno dan DAP.  
  
Shahrizat berkata, jika BN menang, Umno akan terus mentadbir Putrajaya dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir.

"Ternyata PRU-14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi merupakan alat untuk mereka menguasai politik Malaysia," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata DAP mahu jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-14 akan datang.

Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.

Semalam, berucap pada majlis di Port Dickson, Najib menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada parti itu seperti yang didakwa Mahathir.

Sementara itu, Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, Dr Mahathir merupakan raja pusingan-U sementara Kit Siang pandai mengambil kesempatan daripada situasi ini, tiada prinsip dan tidak mahu mengaku atas apa yang dikatakannya.

Kim Sen berkata, Dr Mahathir tidak keruan dalam kenyataannya, bukan saja mengenai BR1M tetapi juga isu pelaburan China, malah kini jawatan timbalan perdana menteri yang didakwa diminta DAP dan kemudian ditukar kepada MCA pula. - Bernama

5 orang berkata:

Tar Snake said...

Sejak jadi tangga amno neh, semua yg amno cakap yes aje.... Tak ada yg pak Karam tak yes

Anonymous said...

Bro, pak karam ni buta kayu, blogger copy n paste. Kalau hadi suruh makan taik pun dia sanggup.

Anonymous said...

Pas talam dua muka. Depan rakyat dia kata menentang umnobn. Belakang rakyat dia sokong umnobn.

Anonymous said...

Cuba tanya cina MCA nih.
MCA sokong ruu355 tak??
Pukimak. Hak org Islam pun nak campur.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.