Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR DAN PAN TENTULAH BESETUJU, MERDEKAAAAA !!!!


Friday, January 20, 2017

TPM UNTUK DAP : JAWAPAN TERBARU TUN M!

Rakyat tentu tertanya-tanya dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir tentang isu parti DAP yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU14.


Media melaporkan kenyataan ahli politik DAP yang mendakwa Dr Mahathir telah menuduh media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau.

Betulkah atau hanya sekadar alasan mereka selepas tersepit dengan polemik ciptaan mereka sendiri?

Ianya kerana, jika kita saksikan video di bawah, tidak ada yang diputar belitkan oleh pihak media.

Klik : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=214053105731235&id=100013796414513
Jelas bahawa Dr Mahathir telah berkata,
"Tapi kalau timbalan itu, adalah..
Media juga melaporkan kenyataan penganalisis politik yang merujuk kepada perancangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini yang didakwa pernah menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Timbalan Perdana Menteri II dalam kabinet bayangannya jika pembangkang memenangi PRU13 lalu.

Turut menghairankan ialah ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong pula yang bercakap bagi pihak Dr Mahathir!

Kita juga tertanya-tanya dengan kekalutan puak DAP dan Dr Mahathir yang cuba menafikan 'permintaan DAP' ini.

Ianya kerana jika kita rujuk kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP pada PRU13, jelas menunjukkan bahawa parti cauvinis itu mempunyai kerusi parlimen yang terbanyak di dalam Pakatan Pembangkang.

Maka timbul persepsi bahawa penafian puak DAP ini lebih kepada untuk mengaburi mata pengundi-pengundi Melayu yang majoritinya menolak parti cauvinis DAP.

Mereka tahu kesan negatifnya terhadap rakan-rakan politik mereka yang bergantung kepada undi kaum Melayu.

Dan jika DAP menyuarakan keinginan mereka jawatan TPM sebelum PRU14, mereka tahu moto yang bakal digunakan pihak lawan ialah '1 undi untuk PKR & PPBM, 1 undi untuk cauvinis DAP menjadi TPM'!

PKR dan PPBM berkemungkinan besar akan ditolak kerana pengundi-pegundi tidak mahu DAP diberi jawatan TPM.

Maka jika benar puak DAP tidak teringin jawatan TPM, puak cauvinis itu patut mengeluarkan kenyataan 'akujanji' yang mereka menolak sekeras-kerasnya jawatan TPM walau pun ditawarkan oleh Pembangkang jika mereka menang PRU14.

Ini baru gentleman namanya dan tidak memperbodoh-bodohkan serta tidak mengelirukan rakyat Malaysia.

Beranikah DAP?

Akan tetapi, kita pun tahu bahawa puak DAP akan tetap mahukan jawatan itu atas alasan 'permintaan rakyat yang tidak boleh ditolak DAP' !


Anda baca juga surat Dr Mahathir : https://novandri.blogspot.com/2017/01/surat-terbaru-dr-mahathir-yang-belum.html

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.