Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI AHLI BERSATU MINTA MAHADHIR BERJUMPA HAJI HADI

Tun M harus jumpa Hadi jika serius mahu kerjasama
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

KOTA BHARU - Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, seharusnya berjumpa sendiri dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 2 Februari ini, jika benar parti itu serius mahu jalinkan kerjasama politik dengan Pas.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, apabila Bersatu hanya diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, persepsi yang timbul ialah Bersatu tidak benar-benar serius untuk kerjasama tersebut.

“Dalam ucapannya di Hotel De Palma Ampang pada 21 Januari lalu, Mahathir menyatakan kesal kerana Pas menghantar pemimpin bawahan seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali dalam rundingan kerjasama politik dengan mereka menyebabkan persetujuan tidak dapat dicapai.

“Pelik jika Mahathir tidak tahu bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk buat keputusan berbanding dirinya sendiri selaku Pengerusi Bersatu, tetapi bila beliau sendiri tidak turun berunding tentulah tidak wajar Presiden Pas untuk turun sama,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Mahathir selepas berlangsungnya mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Putrajaya semalam bahawa kerjasama Bersatu dan Pas akan dimuktamadkan dalam satu rundingan antara pemimpin kedua-dua parti politik tersebut pada 2 Februari depan.

Menurutnya, perlembagaan Bersatu memperuntukkan dengan jelas kuasa luas Mahathir selaku Pengerusi di mana badan eksekutif tertinggi Bersatu ialah MPT dan pemimpin yang berkuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuaratnya ialah Pengerusi Bersatu.

Ulas Kamarul Zaman lagi, di bawah MPT tersebut barulah wujudnya Majlis Presiden (MP) selaku badan eksekutif yang diberi peranan membantu MPT melaksanakan semua tanggungjawabnya dan melaporkan kepada MPT mengenai hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti, di mana MP itu diketuai oleh Presiden Bersatu.

“Berdasarkan kepada kandungan Perlembagaan Bersatu maka jelas bahawa kuasa sebenar (de facto power) dalam parti itu dipunyai oleh Mahathir selaku Pengerusi Parti bukannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden Parti.

“Walaupun yang terlibat dalam rundingan kerjasama politik Bersatu dan Pas ialah Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu, yang berkuasa membuat keputusan mengenainya ialah MPT yang diketuai oleh Mahathir,” katanya.

Kamarul yang juga Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) turut berkata, kuasa luas Mahathir disebut jelas dalam perlembagaannya, di mana beliau diberi tanggungjawab penuh untuk menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti selain kuasa mempersetujui lantikan pemimpin yang dibuat oleh Presiden Bersatu.

“Pemimpin Bersatu yang terlibat dalam rundingan dengan Pas sebelum ini tidak berkuasa buat keputusan mengenainya dan jika Mahathir mahu rundingan diselesaikan dengan cepat beliau sendiri sepatutnya turun berjumpa pemimpin Pas seperti beliau berjumpa pemimpin DAP,” katanya.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Aku ahli bersatu dan aku TIDAK SETUJU tun M jumpa hadi. Ini semua cuma nak selamatkan kelantan pas.

Tolonglah tun. Kita cuma nak tengok kelantan pas tumbang. Kita nak kerajaan baru yg boleh majukan negeri kita. Dah tak boleh tahan duduk kelantan yg mundur dan terpaksa cari rezeki di negeri dap. Tolong la tun....

Anonymous said...

Mengarut. Fitnah. Kelentong
Copy paste cakap untee.

Jangan tenberang. Siapakah ahli bersatu yg ramai tu? Bak bagi senarai biar aku check dia orang tu ahli bersatu atau bukan.





AKU PUN BOLEH CAKAP "RAMAI AHLI PAS MAHU TGHA LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN PAS"....

WTF!!!

Anonymous said...

Lagi ramai yang minta pas kalah di kelantan pada pru14!!

Anonymous said...

Yg paling aku takut ialah lebai dol mintak jawatan PM sebagai syarat kerjasama itu.

Kemungkinan itu tidak mustahil

Anonymous said...

Boleh ke buat masjid utk beribadah dan bangunan untuk niaga serta pentadbiran parti di atas tanah org kafir tanpa kebenaran??

Kenapa tak buat atas tanah kubor? Kan senang....

Anonymous said...

Kalau ikut dalil dalam hukum WALHARAMMU WALHALALKU memang dibolehkan. Sebab dalil itu bersumbarkan hukum UNTEE HALALAN TOYYIBAN.

Anonymous said...

Main pacak aje dulu. Dah siap baru runding dan beli. Tak ada pitih ambik duit tabung.

Senang sangat kerja mcm tu.
Bole buat selalu la

Anonymous said...

Org selalu guna nama agama dan masjid untuk halalkan benda yg tak halal. Agama dan masjid juga digunakan utk betulkan benda yg tak betul.










Sbb tu parti tu wajib ditukar supaya perkara yg sama tidak berlaku.

Anonymous said...

Batang buluh, pangkal dia luruss sangat tapi hujung dia bengkang-bengkok....tebang aje!

Anonymous said...

Sila undi umno atau undi ph. Jangan undi untee

Anonymous said...

Kuat pak karam kelentong yek. Heeee

Anonymous said...

Orang buat tugu ko pun nak buat tugu. Apa punya banganggg

Anonymous said...

Kalu kek tompek den kualo pilah, dah koko roboh dah tu. Salah hemat kono samah laie juto2.

Anonymous said...

Tugu sebijik tu same dgn 10 rumah mangse banjir woii

Anonymous said...

Apa??
Lagi mau jumpa
Hadi banyak busarrr ka??
Mau kasi sembah dia punya kaki ka??

Anonymous said...

Tun tak perlu jumpa hadi kalu pas hanya nak tunjuk hadi tu power lebih. Kena ingat, hadi tu cuma pemimpin pas aje, bukan pemimpin umat islam pun. Kena tanam dalam hati dalam2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.