Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA HARAP TUHAN AKAN MELAKNAT SIAPA YANG MENENTANG


RUU355: Tidak timbul isu siapa bawa
Nor Azariza Mohd Alawi
Nor Azariza Mohd Alawi

KOTA BHARU - Dakwaan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 menjadi polemik berikutan dibawa Ahli Dewan Rakyat yang bukan daripada kerajaan tidak sepatutnya timbul memandangkan ia telah lama dimuktamadkan.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, semua sudah sedia maklum isu RUU355 banyak ditentang Ahli Parlimen DAP dan penentangan ini akan tetap berlaku walau siapa pun yang membawanya.

“Kalau kerajaan bawa pun mereka tetap akan tentang. Malah saya berpendapat ia lebih teruk, mereka akan anggap ini talian hayat Umno untuk terus kekal memerintah dan tawan hati pengundi Melayu.

“Apabila ia dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia menggambarkan bahawa Pas konsisten dalam memperjuangkan agenda parti bagi melaksanakan hukum Allah dan memperkasakan lslam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Nor Azariza berkata demikian ketika mengulas kenyataan Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz yang dedahkan terdapat beberapa faktor isu RUU355 terus jadi polemik, di mana salah satunya kerana dibawa Ahli Dewan Rakyat bukan daripada kerajaan.

“Shamrahayu tidak sepatutnya menyentuh mengenai isu berkenaan, kerana jawatankuasa di peringkat pusat sendiri juga terdiri dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, pembangkang, ahli akademik, dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Manakala di pihak kita pula sudah putuskan bahawa Abdul Hadi yang bawa,” katanya.

14 orang berkata:

cass said...

shubahah juga akn dilaknat ALLAH...pakkaramu juga dianggap bershubahah dengan pengiklan nombor ekor indonesia yang tak putus2 mengiklankan ketaksuban bomoh nombor yang sesat dan laknat ini dalam blog pakkaramu...kalau pemilik blog pakkaramu meninggal dunia tanpa sempat menutup atau memadam blog ini...selagi pembaca membuka blog ini dan membaca serta terpengaruh dgn iklan celaka ini..saham dosa ini akan dihempap keatas pakkaramu sehingga dunia kiamat...sesat lagi menyesatkan...

Anonymous said...

Jangan jadi mcm lebai2 penunggang agama dlm Pas. Disuruh gi parlimen dia ponteng. Dibagi peluang bahas ruu355 dia mintak tangguh 2kali. Skrg nak buat wayang himpunan 355 utk kaldaikan walaun2 parti dan org2 melayu yg tolol.

Anonymous said...

Kita harap Tuhan akan melaknat ulama yg ambik dan baham dedak rm90juta ketika rakyat menderita kerana harga barang keperluan melambung naik. Amiinnnn.

Anonymous said...

Semoga Allah melaknat pemimpin zalim dan konco2nya yg bertopengkan agama utk menghalalkan kezaliman..

Anonymous said...

Diharap Allah akan melaknat orang2 yg bersekongkol dgn perompak harta rakyat dan puak2 syiah pembunuh sunni. Amin ya Rab

Anonymous said...

Semoga Allah melaknat orang yang mengkafirkan orang Islam lain dan melaknat mereka yang ingin menanam muslimah di jirat cina.

Anonymous said...

Diharap Allah melaknat mereka2 yang merosakkan hutan dengan tangan2 mereka serta menzalimi makhluk Allah iaitu orang asli.

Anonymous said...

Mudah-mudahan Allah melaknati pemimpin yang menyalahgunakan duit potongan gaji cikgu2 agama hingga 14 juta. Aminn

Anonymous said...

Semuga Allah akan melaknat orang yang mulutnya selalu berkata jahat mengejek dan memfitnah orang lain dengan perkataan "barua, pil kuda, babi, anjing, setan, binatang kaki empat, barua tokong dan perkataan buruk yang lain. Amin Ya Rob

Anonymous said...

Semoga Allah melaknat orang2 penyokong agama yg menghisap rokok di surau dan masjid.

Anonymous said...

Diharap Allah melaknat mereka yang mencipta hukum selain daripada hukum yg ada dalam Quran dan hadis.

Anonymous said...

Apakah PAS sudah yakin bahawa RUU355 ini hukum Allah? Kalau RUU355 ini bukan hukum Allah kenapa perlu melaknati dan mengkafirkan orang lain? Apakah PAS sudah merasa PAS sahaja Islam dan Islam itu adalah PAS? Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan menginsafi segala kesilapan.

Adie said...

Ruu 355 ni adalah politik semata2... Memperguna agama demi sokongan org melayu... Pas dan umno sama, mempergunakan islam dan melayu...

Adie said...

Ruu 355 ni adalah politik semata2... Memperguna agama demi sokongan org melayu... Pas dan umno sama, mempergunakan islam dan melayu...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.