Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADI MAKSUDKAN ROH KEDAULATAN ISLAM, BUKAN BAJET, AWAT HANG BANGANG !

Exco agama sanggah kenyataan Hadi
Datuk Abdul Malik Abul Kassim
Datuk Abdul Malik Abul Kassim
GEORGETOWN - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negeri ini adalah tidak berasas.

Exco Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran dari BN pada 2008, syiar Islam terus berkembang jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

Menurutnya, kerajaan negeri pernah dikritik Gerakan apabila DAP menyalurkan bajet besar kepada hal ehwal agama.

“Kerajaan negeri menyediakan bajet hal ehwal agama mencecah 300 peratus melebihi bajet agama yang disediakan kerajaan negeri terdahulu yang ditadbir Gerakan, iaitu rakan politik Umno. Malah Gerakan mengecam pentadbiran kerajaan DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN.

“Bajet agama ini, sehingga kini tidak berkurang daripada keperluan semasa. Perkembangan pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kafa, maahad tahfiz, sekolah pondok dan terus dibantu berdasarkan keupayaan kewangan negeri,” katanya melalui kenyataan medianya, hari ini.

Abdul Malik berkata, selain bajet tahunan untuk hal ehwal agama, kerajaan negeri  turut menyediakan bajet khusus untuk institusi pendidikan Islam.

“Sehingga kini, lebih RM14 juta telah disalurkan untuk tujuan itu malah guru-guru dan kakitangan institusi pendidikan Islam menerima bonus tahunan yang tidak pernah diterima sebelum ini. Bajet dan sumbangan itu, tidak termasuk pembinaan masjid, surau dan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Program keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau berkembang dengan baik. Pendakwah tidak disekat hanya kerana berbeza fahaman politik dengan kerajaan negeri. Amalan ini tidak pernah berlaku pada zaman BN, di mana ustaz-ustaz Pas dihalang mengajar dan mengadakan kuliah di masjid dan surau di Pulau Pinang,” katanya.


Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi itu turut disangkal dengan pembinaan Hospital Islam pertama di negeri ini yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Abdul Malik berkata, selain hospital, Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang juga akan mula dibina pada pertengahan tahun ini.

“Sebelum ini, kerajaan negeri menganugerahkan sebidang tanah bernilai lebih RM80 juta bagi pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah setinggi tujuh tingkat di Jalan Scotland. Ia sebahagian usaha untuk memartabatkan Melayu dan Islam di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga memperkenalkan program Agenda Ekonomi Saksama. Keluarga yang berpendapatan di bawah RM750 sebulan, akan dibantu secara bulanan. Lebih 1,000 keluarga yang dikenalpasti, 90 peratus adalah Melayu dan beragama Islam. Oleh itu, dari sudut mana Abdul Hadi mengatakan kerajaan negeri tidak membela nasib Melayu dan Islam di negeri ini?” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi mendakwa DAP telah menunjukkan ‘belang sebenar’ kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung pelawaan menjalin hubungan semula antara DAP dan Pas dalam menghadapi PRU14.

11 orang berkata:

Anonymous said...

Tugas menyuburkan ROH Islam bukan tugas guan eng. Ia menjadi tugas wajib ulamak dan semua umat Islam. Jangan salahkan org kafir kalu ROH Islam tak subur. Salahkan ulamak2 yg sibuk berpolitik dan diri Kita sendiri.

Periksa diri Kita sendiri. Allah tak suruh Kita duduk diam, buat hal sendiri Dan salahkan org kafir bila kelemahan itu datang dari diri Kita.

Jangan jadi bahlul berkaki 4.

Anonymous said...

Dap dah bagi duit. Kenapa org2 besar pas tak buat program kemungkaran kedulatan roh Islam dulu sebelum dipecat. Tak kan la benda tu pun nak setahun kat guan eng jugak kot??

Ehhh..Dulu lebai dol jadi MB ada buat program martabatkan roh Buddha tak? Tak ada kan? Sami Buddha yg buat kan?

Hadoi....
Escapisme betol la pak Karam neh....Masuk kepala dlm lubang jamban la. Tarik flush. Mana la tau boleh hilang bengap tu

Anonymous said...

Besok kat akhirat pemimpin2 ni kena jawap kenapa serah tugas suburkan roh Islam kpd guan eng? Kenapa tak buat sendiri? Apa buktinya dh buat? Cukup ke??

Tak dpt jawab kena campak kat api neraka.

Ko ingat senang jadi pemimpin? Ko kena ingat, ko bukan dilantik. Ko yg mintak jadi calon. Ko yg berebut kerusi. Ko ingat ko boleh lepas Dan dpt masuk syurga freeeeee aje mcm tu sbb ko ada no keahlian pas? Mintak maaf la weiiii

Anonymous said...

Berebut duit jual tanah Dan pacak masjid atas tanah milik org kafir tu kira ada roh Islam kot??

Anonymous said...

Hoi..Apa bising2 ni.
Jangan bising la. Pas akan keluar. Umno akan masuk. Relax la. Beberapa bulan saja lagi. Sabar!

Anonymous said...

Bengang. Tak dpt martabatkan roh Islam, org kafir pulak yg disalahkan. Tak ada maruah betul.

Anonymous said...

Ni sama macam kes org miskin sbb malas berusaha tapi salahkan org kafir cina.

Anonymous said...

Urusan agama PATUTNYA serangan kpd org yg berhak melaksanakannya. Kat Penang yg dap perintah tu, siapalah yg diberi tanggungjawab ni? Guan eng ker??

Anonymous said...

Pas ganti umno main agenda anti dap. Nak sokong jugak ke?

Anonymous said...

Nak roh kedaulatan islam tak perlulah tanya pd guan eng. Tanyalah kat ulamak yg duduk penang, bodoo

Lan said...

Main Roh2 pulak ....yg nak cite roh2 ni no satu kali bangang ! Dulu Masa PAS ada dalam PR Penang buat apa ??? Makan elaun buta ke ? Plz stop lah Pakarmu dari ke bangang an

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.