Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAJIAN TELAH DIBUAT PAN AKAN DI PULAU PADA PRU 14, SEBAB PAN HANYA PARTI TUNGGANGAN

Amanah, PKR perlu rampas pengundi Pas: Suhaizan
Suhaizan Kaiat
 - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR berusaha mendapatkan undi dan sokongan daripada pengundi Pas, kata Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat.

Menurut Suhaizan, beliau yakin peluang kemenangan mampu menjadi milik pembangkang sekiranya mereka memperoleh undi sokongan daripada pengundi Pas.

"Kajian yang telah dilakukan oleh invoke menyatakan jika berlaku pertandingan tiga penjuru maka 21 peratus pengundi akan menyokong Pas, 24 peratus pengundi akan menyokong Pakatan Harapan, 40 peratus menyokong BN dan 14 peratus pengundi lagi tidak mahu mengundi.

"Jika dipecahkan kepada segmen pengundi kita boleh memperoleh undi daripada pengundi Pas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, barisan pembangkang yang terdiri daripada Amanah, PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu memberi fokus pada keupayaan masing-masing.

Menurutnya, sudah tiada keperluan bagi PKR dan Bersatu bertangguh masa untuk berbincang dengan Pas.

"Semakin lewat membuat keputusan semakin baik bagi agenda Pas dan Umno.

"Bersatu perlu fokus pada pengundi yang tidak tegar dalam Umno. DAP pula perlu mencari jalan mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepada barisan pembangkang," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan agenda yang dibawa tidak boleh menakutkan pengundi Melayu.

"Agenda bersama Pakatan dan Bersatu perlu dizahirkan bagi membuktikan bahawa mereka adalah barisan pembangkang yang kuat dan mampu melawan BN untuk membuat perubahan.

"Tiada kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan rakyat. Agenda ini mampu mengurangkan pengundi yang kecewa dengan agenda perubahan dalam negara," jelasnya.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Betul tu ada seekor belaan husam yg selalu duduk meroyan di bloq Pakkaramu tu.cuma itu lebih sesuai utk dibuat lauk.itulah kegumaan puak pengkianat

Tar Snake said...

Betul tu.

Fikah shaari said...

Hahaha
Pan akan lawan pas
PKR, dap, bersatu akan undi Pan.

Habis sapa nak undi pas?
Org asli?
Manga banjir?

Ika comey said...

Ika Comey akan undi pas

Anonymous said...

Betul ke suruu Al ehsan tak nak urus jenazah? Cuba baca blog milo suam.

Fardhu kifayah tu, lebai..

Totey cecik Germany cap said...

Tahun 1984 semasa yusof Noor cadang tambah hukuman pesalah syariah dlm ruu, mp pas nik Aziz tolak.

Sbb tolak ialah ruu tu ciptaan manusia. Tidak wajib sokong hukum Ruu ciptaan manusia klu hukum Allah @ hudud sudah ada dlm Quran.

Apatah lagi klu hukuman tu tak sama dgn hukum yg Allah dah buatlah dlm Quran.

Malangnya, manusia yg menyahut ulamak spt skrg ni terlalu memandai2. Adakah ulamak lebih pandai drp Allah?

Cuba rujuk Quran utk kezaliman dlm RUU. Adakah hukuman ya sama?

Anonymous said...

Hehehe...tar snake

Anonymous said...

Anda sekor belaan hadi
Yuck!!!!

Anonymous said...

Perhimpunan haram. Dbkl tak bagi permit. Gi la kalau nak masuk lokap....

Anonymous said...

Memang pkr dap bersatu akan undi Pan... tapi berapa ketoi jer undi korang. Hi..hi..

Anonymous said...

Berapa ketoi ko kata?
Mau tegolek pas klate la

Anonymous said...

Kenapa pas risau sangat kalu pkr, bersatu, dap, mangsa banjir dan orang asli undi pan kat kelantan?


Pas kan ada umno tolong...
Jangan la risau sangat. Relax la

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.