Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR SEHINGGA BULAN FEBRUARY ?

Siap siaga hadapi gelombang kedua, ketiga

AddThis Sharing Buttons

Siap siaga hadapi gelombang kedua, ketiga
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninjau kemudahan pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Menora hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kesiapsiagaan 100 peratus untuk proses pemindahan mangsa banjir lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan.

Ahmad Zahid berkata semua data berhubung ramalan perubahan cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan  digunakan sepenuhnya bagi membolehkan semua mangsa dapat dipindahkan lebih awal iaitu seminggu sebelum hujan lebat atau angin kencang berlaku.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah suatu pengajaran, bukan dengan tujuan untuk menuding jari  tetapi  jika Jabatan Meteorologi dapat memberikan hasil unjuran dan ramalan cuaca ini lebih awal maka usaha-usaha  pemindahan dapat dilakukan. Semua data ini merupakan  teknologi baharu yang jika tidak digunakan maka kesiapsiagaan tidak dapat dilakukan.

"Oleh yang demikian, saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara akan menggunakan acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman kerana acuan ini mengunjurkan seminggu sebelum berlaku untuk kesiapsiagaan dilakukan. Pemindahan secara fizikal dilakukan tiga hari sebelum ia berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat pusat pemindahan sementara itu sebelum makan tengah hari bersama-sama mangsa banjir di situ.

Mengulas mengenai lawatannya ke kawasan banjir di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata kemudahan dan bantuan untuk mangsa banjir di negeri ini berada pada skala tujuh daripada 10 dan pihaknya akan memastikan semua barangan keperluan serta peralatan dapat disalurkan segera kepada mereka.

"Oleh kerana keadaan yang berlaku di Pulau Pinang ini agak mengejut maka kemudahan dan perkakasan tidak dapat dibekalkan kepada semua mangsa-mangsa yang telah dipindahkan. Saya harap Datuk Seri Shahidan dapat membantu ketua menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri untuk melakukan penyelarasan," katanya.

Beliau turut mengarahkan pendaftaran segera mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan dapat disiapkan sebelum pukul 10 pagi esok kerana tidak mahu kelewatan bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan membantu kerajaan DAP Pulau Pinang jelas membuktikan bahawa perbezaan politik tidak menghalang mereka berada di pentas dan akar umbi yang sama untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.  

Sementara itu, Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi kerjasama penuh dengan kerajaan persekutuan dalam usaha memastikan setiap rakyat yang terjejas di negeri ini menerima bantuan yang sewajarnya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang bukan sahaja meluangkan masa malah membatalkan tujuh program sedia ada agar beliau dapat meninjau keadaan banjir dan angin ribut yang begitu kencang sekali di negeri ini. Kita hargai kehadiran beliau. Kita bersyukur tentang beberapa pengumuman yang dibuat oleh beliau iaitu tentang bantuan yang diberikan," katanya.- Bernama

2 orang berkata:

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9487] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 380 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

pak irwan di jayapura said...

TERIMA KASIH MBAH BUDI HARTONO DULUNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJAAN HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 35 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 450 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET LEWAT MEMBER YANG SUDAH BERHASIL KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA TOGEL DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH BUDI HARTONO 4D PUTARAN SGP BENAR2 TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERMA KASIH MBAH BUDI HARTONO SEKARANG KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA JITU MBAH BUDI HARTONO BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KAMI LANSUNG HUBUNGI MBAH BUDI HARTONO DI NOMOR [~085~256~077~899~] TERIMA KASIH INI KISAH NYATA DARI SAYA TAMPA REKAYASA SUPAYA LEBIH DI MENGERTI SILAHKAN BUKA SITUS MBAH

KLIK DISINI RAMALAN DUKUN TOGEL GAIB

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.