Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETAKAT INI DUA MAUT DI P.PINANG

2 maut, 100 pesakit, empat bayi dipindahkan

AddThis Sharing Buttons
2 maut, 100 pesakit, empat bayi dipindahkan
Keadaan banjir kilat dan ribut melanda kawasan Georgetown sejak awal pagi tadi. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
GEORGETOWN - Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan hampir 2,000 penduduk, 104 pesakit dan empat bayi baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahkan.

Turut dilaporkan berlaku dua kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri berkata banjir di HPP melibatkan Wad Pesakit, Wad Rawatan Rapi  Neonataldan dan Unit Pengangkutan yang terletak di tingkat bawah.

"Ärahan pengungsian telah dikeluarkan oleh Pengarah Hospital dan telah dilaksanakan sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi ini. Kesemua pesakit yang terlibat telah dipindahkan ke wad-wad yang lebih selamat,” kata HPP dalam satu kenyataan.

Sementara Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata dua kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditemui lemas di dalam rumahnya  di Kampung Masjid, Jalan Perak  dan seorang wanita dari Pusat Penjagaan Orang Tua Jalan P. Ramlee.

Di tanah besar, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.

Di bahagian pulau melibatkan Bandaraya George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang

Di kawasan tanah besar, terdapat jalan yang ditutup iaitu Jalan Kulim, Jalan Bukit Tengah dan Jalan Permatang Pauh manakala di bahagian pulau membabitkan Jalan Tun Sardon, Balik Pulau ekoran berlaku tanah runtuh, Jalan Titi Kerawang, Teluk Bahang kerana berlaku pokok tumbang serta beberapa jalan di sekitar George Town yang dinaiki air.

Cuaca di negeri ini masih mendung dengan sesekali hujan renyai.  - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.