Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI

 LAIN KALI JIKA NAK BUAT SAMAN TENTUKAN HUJAH ITU KOKOH DAN BUKTI YANG NYATA SERTA BUKTI SOKONGAN.

CER MINTA NASIHAT DENGAN ORANG YANG LEBIH TUA, MAHADHIR MISALNYA ? LIM KIT SIANG MISALNYA !

-Pak Karamu-


 

Mahkamah tolak saman Anwar ketepikan sabitan liwat II

AddThis Sharing Buttons
anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat II membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, bekas ketua pembangkang, memfailkan saman pemula tersebut berikutan dakwaan RM9.5 juta dibayar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Azizah Nawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan permohonan Anwar itu tidak berasas dan tanpa sebarang bukti sokongan.

Beliau turut memerintahkan Anwar, selaku plaintif, membayar kos sebanyak RM10,000 kepada kerajaan, sebagai defendan tunggal dalam saman tersebut.

Dalam penghakimannya, katanya, dalam isu penting dalam kes ini adalah Anwar membuat dakwaan tanpa asas berhubung pembayaran RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee.

Dia (Anwar) merujuk  kepada dua pembayaran yang dibuat pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014 namun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan dalam afidavit plaintif, katanya.

Azizah berkata bagi menyokong dakwaan RM9.5 juta dibayar oleh perdana menteri, plaintif telah memfailkan permohonan untuk penzahiran dan pemeriksaan dokumen terhadap Najib dan Muhammad Shafee bagi mendedahkan penyata akaun bank dimiliki mereka.

“Alasan sokongan permohonan untuk penzahiran adalah bawah butiran penuh pembayaran yang disebutkan itu adalah hanya dalam pengetahuan kedua-dua yang disebut Najib dan Muhammad Shafee.

“Adalah menjadi tanggungjawab  kedua-dua orang ini (Najib dan Muhammad Shafee) untuk membuat penzahiran penuh untuk mahkamah ini membuat keputusan selaras dengan undang-undang.

“Ini jelas menunjukkan plaintif mencari bukti untuk menyokong dakwaannya mengenai bayaran RM9.5 juta,” katanya.

Azizah berkata mahkamah juga menimbang pendapat bahawa kesan keseluruhan permohonan ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, justeru, mahkamah ini (Mahkamah Tinggi) tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Pada 11 Julai lepas, kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia adalah remeh, menyusahkan dan tiada sebarang kausa tindakan serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Anwar, yang memfailkan saman pemula pada 9 Jun lepas, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan kes liwatnya.

Oleh itu, Anwar mendakwa hak beliau untuk mendapatkan perbicaraan yang adil mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan terjejas.

Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) terhadap Perlembagaan Persekutuan menjadikannya tidak sah dan terbatal.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak sah.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Dalam kes saman tersebut, kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin manakala Anwar oleh peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.

Kemudian, Surendran memberitahu pemberita bahawa mereka akan membuat rayuan secepat mungkin. – Bernama

15 orang berkata:

Anonymous said...

Cash is king.
Semua boleh dgn KBK.

Anonymous said...

Oiii karamu, betul ker masa banjir besar kat kelantan dulu tak ada orang yang mati? Kik3 lobai pun kaki tipo.

Anonymous said...

20 budak baju merah yg tolong bersih banjir kat penang tu tak takut kena najis bekas botol pesta arak ke tuan lobai? Kena samak tu. Keh3

Anonymous said...

Nak cuci najis2 seperti arak, babi dan anjing tidak memerlukan sabun atau lain2 detergent, waima walaupun air sebanyak tujuh lautan sekalipun pun takkan dapat mensucikan najis2 tersebut

Mereka hanya perlu sedikit air selepas dicuci dengan air bah kuning@air selut, maka akan sucilah tempat itu

Air bah kuning yang melanda Penang sebenarnya bertujuan untuk mensucikan najis2 yang amat kotor di Penang

Itu la samdul, tau ke tak tau ni? nak cuci najis kena guna air selut, sebelum orang2 muslim memulakan aktiviti pembersihan untuk membersihkan kawasan banjir, Allah swt dah mensucikan Penang dari segala najis2 seperti babi, arak dan anjing, selepas ni Penang akan suci dari segala kekotoran

Sehinggalah rakyat Penang membawa masuk semula babi, anjing dan arak kekediaman masing2 maka tempat itu akan dikategorikan semula sebagai tempat yang tidak suci

Anonymous said...

Lebai hadi sihat ke? Lama tak dengar berita. Mahkamah london dah nak bermula, jgn ponteng ya.

Anonymous said...

Pom2 girl ph @ tukang sorak ph pun jgn lupa hadirkan diri... Bagi sokongan moral kat ambiga untuk bersihkan nama... Hihi..

Anonymous said...

Moga allah jauhkan segala bencana dinegara kita dan islam akan bersinar diseluruh negara marilah semua umat manusia kembali kepada islam yang benar kerana allah telah memberi hidayah kepada semua umat manusia

Tesalonika Thomas said...

Info nya mantap gan..
Jangan lupa kunjungi kami juga ya gan

Casino Online Indonesia
Judi Online
Game Casino Online
Situs Casino Online Terpercaya
Agen Casino Online Terpercaya
Agen Baccarat Online Terpercaya
Agen Casino Online
Bandar Casino Online
Casino Online Terpercaya
Bandar Casino Online Terbaik
Agen Kasino
Agen Roulette Terpercaya
Agen Sicbo Terpercaya
Situs Sabung Ayam Terbaik

lina lim said...

Info nya mantap gan..
Jangan lupa kunjungi kami juga ya gan

Casino Online Indonesia
Judi Online
Game Casino Online
Situs Casino Online Terpercaya
Agen Casino Online Terpercaya
Agen Baccarat Online Terpercaya
Agen Casino Online
Bandar Casino Online
Casino Online Terpercaya
Bandar Casino Online Terbaik
Agen Kasino
Agen Roulette Terpercaya
Agen Sicbo Terpercaya
Situs Sabung Ayam Terbaik

Anonymous said...

pesuruhjaya pas perak kena bayar saman 200k. pak karam, sila lancarkan derma jihad tabung milo. kita mesti sama2 bantu islam.

Anonymous said...

Habis duit gratuiti pencen. Kesian pulak aku kat bini dia. Mulut suami punya pasal, bini kena catu belanja. Jangan ikut perangai mcm ni tau

Anonymous said...

200k sekejap je tu ahli ramai ada yang bantu tu.. Tak macam yang kalah petisyen ari tu.. 50k ke hulu hilir mintak simpati.. Yang ada elaun curi kerusi pun tak membantu.. Hihi..

An Anonymous said...

Dari segi teknikalnya sahaja yg dikatakan fitnah.. padahal hakikatnya majoriti rakyat melayu islam dah lama tahu akan sifat kebaruannya kepada DAP sejak tahun 2008 lagi!

Anonymous said...

Dari segi teknikal je wanrosli ni nmpk waras tapi sebenarnya semua org kat sini tau yg dia ni gila.

Anonymous said...

Kesilapan teknikal jugak, ph kalah dengan masa.. Pan dan rafizi ingat sempat pru, tabur fitnah banyak2 untuk jatuhkan kredibiliti, lepas tu dah pru dan mengharapkan kemenangan tutup keperluan tunjuk bukti..

Ppbm ingat sempat dengan pru, tubuh parti tak payah buat perhimpunan agung, masuk bertanding pru, nanti bawak lari kerusi masuk umno semula bila najib dah jatuh.. Umno boleh terus perintah dengan pm baru..

Dap pulak memang mengharapkan pru dan kemenangan untuk buang kes rasuah lge. .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.