Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN MAHADHIR KUTTY

 MAHADHIR mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis ? tambahan pula rakyat baru tahu bahawa rupanya bangsa Bugis ramai yang jadi orang besar negara ! Orang melayu Malaysia diam je !

-Pak Karamu-

 

Sultan Selangor murka kepada Mahathir

Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.

Selepas dibincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor, baginda menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia- Hapuskan Kleptokrasi cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.

"Kenyataan Tun M itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

"Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari bugis," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Terdahulu, Mahahir dalam ucapannya semasa perhimpunan kleptokrasi yang diadakan pada 14 Oktober lalu mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berketurunan lanun Bugis.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahathir dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan juga pada ahli-ahli politik lain.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli politik, tidak mempersendakan bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini," katanya lagi.

28 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa bila ada pemimpin kutuk madey kutti tak ada sorang pun yang marah ye? Pelik betul politik di Malaysia ni.

Kalau tak nak bangsa kita kena kutuk, jangan kutuk bangsa lain. Betul tak?

Unknown said...

99'99 pesen betul,kalau kita takutuk bangsa Latin,bangsa Latin takakan kuta kits,,betulllll.

Unknown said...

99'99 pesen betul,kalau kita takutuk bangsa Latin,bangsa Latin takakan kuta kits,,betulllll.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9076] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 420 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Hahaha bila keling cina dan kaum lain dihina takde pulak sultan murka. Sultan ni utk org bugis jer ke? Ada apa2 ke?

Anonymous said...

Nampak sangat ada pilih2 kasih. Islam ajar mcm tu ke?

Anonymous said...

Ada orang panggil orang islam lain kafir, barua, haramjadah, anjing, babi, biawak, tokong, tokey pil kuda dll. Tapi tak pulak ada lobai2 yang bising. Semua ikut angguk2. Bila kena batang hidung sikit tau pulak heboh satu planet.

Pelik la politik ni. Agama pun nak ditunggang.

Anonymous said...

Puncanya satu je. Dulu ada orang hina cakap dlm tv madey anak lelaki kutty. Klu org tu tak mulakan, rasanya madey tak balas balik. Madey pun ada maruah, bukan kita je yg ada maruah. Ker guane?

Anonymous said...

Zaman madey sardin cap ayam tin besar cuma rm3.80. Sekarang rm8.80. Naik lebih 100%. Gila babi betul. Budu sebotol zaman madey rm1.50. Skarang rm5 lebih. Nasib baik tak kena gst

Anonymous said...

Ikan zaman madey kalau kembung tu dlm rm4 ke rm5 je sekilo. Skarang rm18. Tu pun saiz ibu jari kaki je. Bawal dulu zaman madey rm8 ke rm12. Sekarang paling murah pun rm25. Tu pun nasib baik tak kena gst. Klu kena gst 2 kali dr pemborong dan penjual, mau dekat rm50 sekilo.

Rasa nak lantik madey jadi pm balik la.....

Anonymous said...

Zaman madey dulu roti kosong 50 sen teh tarik 80 sen. Madey dah tak jadi pm roti kosong naik rm1.20 dan teh tarik rm1.50. Bangsat betul la

Anonymous said...

Nasi ayam zaman madey dulu rm3.00 hingga rm3.50. Skang naik mencanak rm5 hingga rm6.00. Tu tak kena gst tu

Anonymous said...

Zaman madey nasi lemak kosong cuma 50 sen. Skang nasi lemak kosong tepi jalan dah rm2.00. Ikan bilis pun dah tak ada, kacang tanah ada 4 bijik je. Tapi tak ada gst la. Kalu kat kedai mamak ada gst, rega capai rm2.50 hingga rm3.50 sepinggan.

Anonymous said...

pelik la cara pak karam bodek najib, sebijik macam ayatolla petola hadi dok bodek najib... ada apa2 ke?

Anonymous said...

Maknanya kalau ada duit 1billion zaman tu macam2 boleh beli la kan?... Harga aset2 utk dibeli pun tak setinggi sekarang..

Rumusannya, kalau dah acuannya sama dari umno, letak sapa2 pun klepet jugak.. Jadi umno dan ppbm dua2 patut disingkirkan... Betul tak?...

IrWrWs said...

Terima kasih .. Ok sekarang aku nak jawab.. setahu aku yg dah lama mengikuti arus politik negara iaitu sejak isu Aisyah dilarikan ke Australia (di mana dlm isu ini pun umno masih mahu bermain politik.. memang dah busuk umno ni!); apa yg aku tahu dan boleh jelaskan ialah spt di bawah:

1. Tauke pil kuda - ini terbukti tidak ditujukan kpd sesiapa spt yg dibuktikan di mahkamah.. namun pas dah lama boikot atau membantah jika calon parti mana2 sekalipun terdiri drpd pengedar pil kuda, berfahaman marxist, sosialis, kaki fitnah, kaki lompat parti dan rasuah serta lain2 yg tak sepatutnya..

2. Barua - jika seseorg itu polis kita perlu melabelnya sbg polis.. jika seseorg itu askar kita perlu melabelnya sbg askar.. dan begitu jugalah jika seseorg itu barua!.. Sekiranya pan rasa bukan satu kesalahan akan adun dan ahli parlimen yg melompat parti; itu masalah pan sendiri.. sdgkan dap sendiri menggelarkan pengkhianat kpd adun2nya yg tinggalkan parti baru2 ini di melaka..

3. Babi - ini hanya perumpamaan tapi diputarbelit oleh puak pan.. iaitu "Seperti anjing menyalak babi di sebalik bukit" bermaksud inilah penentangan yg perlu dilakukan terutamanya terhadap umno dan musuh pas lainnya.. bukannya penentangan yg sia2 oleh pan spt dlm isu bantah pesta arak DALAM HATI iaitu "Seperti anjing menyalak bukit"..

4. Biawak - "Seperti memikul biawak hidup" inilah perumpamaan yg dipetik.. maksudnya di sini ialah jika pas masih mahu berbaik lagi dgn dap, akibatnya akan memberi kesan negatif oleh sokongan melayu islam kpd pas.. mana mungkin mereka hendak mempercayai dap lagi terutamanya setelah melihat gelagat dap dan sekutunya dalam isu RUU 355 dan pesta arak..

5. Kafir - di dalam amanat hanya ada perkataan kafir dlm ayat yg lebih kurang "Kita tak perlu masuk hindu, tak perlu masuk buddha tapi kita boleh jatuh kafir hanya jika berkata politik suku agama suku".. selain daripada itu perkataan kafir hanyalah diputarbelit oleh umno dan pan..

6. Munafik - maaf yg ini saya tak pernah dengar tapi sekiranya benar ada, pastilah mempunyai alasan yg kukuh sebagaimana BARUA..

Itulah penjelasan saya... sekian..

Anonymous said...

Hehehe 'tok guru' apa mcm tu? Syiah ke? Berdakwah takde akhlak dan hikmat. Kalau datang dari mulut lim kit siang takpe la mmg dia kafir, ini datang dari mulut org yg bergelar tok guru... ermmm ntah la.

IrWrWs said...

Setuju..

Mana mungkin madey nak hapuskan parti tempat dia kumpul harta dulu.. gambar dia pun masih terpampang di PWTC.. kalau dia rasa jijik sgt dgn umno, pasti dia dah cabar najib turunkan gambar dia..

Pastinya dia dah teliti cth terbaik Semangat 46 dulu.. bila S46 dibubarkan, umno bertambah2 kukuh dari sebelumnya.. jadi ppbm mungkin akan jadi spt S46 juga.. dan ini sudah direncanakan agar bila tiba masanya nanti anaknya dapat ambil alih tampuk pemerintahan.. ketika itu jika ada org pertikaikan najib yg tiada langsung tindakan pendakwaan ke atas najib bagi isu 1MDB, pembunuhan Altantuya, komisyen kapal selam dan sebagainya; maka amat mudah dijawab anaknya.. “dulu masa pak aku pun hangpa tak kesah dia tak didakwa apa pun, apa beza dgn la ni?” jawab dia dlm bahasa kedah.. inilah yg dapat aku bayangkan nanti..

IrWrWs said...

Hikmah lah bukan hikmat.. kalau org berlembut dgn kita terutama si kafir kita kena berlembut juga .. kalau kafir berkeras dgn kita kita kena perlu berkeras juga .. inilah yg dikatakan hikmah.. bukannya tunduk sepjg masa sehinggakan kafir bebas menghina SYAITON kpd ilmuwan islam namun kita masih tunduk layu membisu.. ini barua kita panggil faham..?

IrWrWs said...

Oh ye lupa satu lagi.. bukan sahaja kpd kafir malah kpd munafik juga kita kena berhikmah.. faham?

Anonymous said...

Antara perkara yang tentunya memeranjatkan yang terkandung dalam kenyataan pembelaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung saman Hadi Awang terhadapnya ialah wujudnya dakwaan pembayaran sebanyak RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Daripada jumlah RM200 juta itu, sebanyak RM90 juta dikatakan disalurkan kepada beberapa pimpinan kanan Pas untuk tujuan supaya mereka menyokong UMNO dan BN.

Sebelum kenyataan pembelaan Clare, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah tampil dengan akuan bersumpah mendakwa Najib ada memberi sejumlah wang yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Nasharuddin untuk diagih-agihkan kepada para pemimpin Pas.

Berikutan itu, Nasharuddin mengancam untuk menyaman Rafizi, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

Sehingga Hadi tampil dengan kenyataan balasnya sebelum perbicaraan sebenar berlangsung di London nanti dan sementara Nasharuddin juga masih berdiam diri, baik berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Rafizi, mahupun pendedahan terkini beliau menerima RM200 juta sebagaimana dalam kenyataan pembelaan Clare, mari kita bermain-main dengan angka mudah buat seketika.

Jika RM200 juta disalurkan kepada Nasharuddin dan daripada jumlah itu, hanya RM90 juta diberikan kepada beberapa pemimpin Pas berdasarkan maklumat boleh dipercayai daripada S Ambiga kepada Clare, di mana lebihan RM110 juta lagi?

Dalam simpanan siapa sekarang wang RM110 juta itu?

Apa jadi kepada wang itu selepas ini?

Adakah ia akan menjadi milik kekal orang tengah atau broker atau memang RM110 juta itu merupakan untung berniaga?

Tahukah Pas tentang kewujudan angka RM200 juta tersebut?

Adakah Najib puas hati, jika benar daripada RM200 juta yang pernah diberikannya itu, tetapi hanya RM90 juta saja yang sampai ke sasaran sebenar?

Begitu juga dengan Pas, apakah mereka turut berpuas hati, kiranya benar jumlah RM200 juta itu adalah angka yang sahih, namun yang diterima hanya RM90 juta saja?

200 - 90 = 110 - jadi broker jauh lebih untung daripada berjuang untuk agama dan bangsa?

Anonymous said...

Tetapi yang paling menariknya adalah perengan akhir kenyataan Harakahdaily :

Kita berdiri teguh di belakang Tuan Guru. Bila diseru untuk menghulurkan lagi dana bagi membiayai kos, kita sedia bila-bila masa

Pas seolah-olah sudah nampak bayangan kekalahannya dalam kes tersebut. Awal-awal lagi walaun di ingatkan supaya bersedia menghulurkan lagi dana untuk membiayai kos... kah! kah! kah!

Kesian aku tengok kawan-kawan lama aku dulu yang masih mahu diperbodohkan oleh lobai-lobai atas nama jihad, sedangkan lobai-lobai hidup dengan kemewahan yang melimpah ruah...

Anonymous said...

Apabila Hj Hadi memfailkan saman itu pada April lalu. Maka Clare pun memfailkan tuntutan balas dan pembelaan terhadap saman Hj Hadi itu pada 11 Oktober lalu.

Antara perkara dalam tuntutan balasnya, editor portal itu mendakwa bahawa :

1) Mereka mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

2) Hj Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

3) Penerbitan berkenaan sama seperti gangguan.

4) Clare mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.

5) Sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.

6) Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

7) Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik. Kenyataan dalam artikel itu adalah berkepentingan awam.

8) Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib.

Sekarang ini peguam Hj Hadi di London harus menjawab tuntutan balas itu sebagai jawapan kepada semua dakwaan Clare Rewcastle Brown bahawa presiden PAS itu berkomplot dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengekploitasi satu kes mahkamah di London.

Perkara itu mesti dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan peraturan mahkamah British.

Kegagalan berbuat demikian akan membantu Clare mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya menurut kata peguam S.N Nair.

Selepas itu, terpulanglah kepada Hj Hadi dan Clare untuk memilih samada untuk membatalkan tuntutan masing-masing selepas mereka memfailkan pembelaan.

Sama-samalah kita lihat nanti siapakah diantara mereka yang akan mengemukakan bukti atau memilih untuk membatalkan tuntutan masing-masing.

Kes ini sangat menarik kerana ia melibatkan PM Najib. Persoalannya ialah, beranikah Najib merelakan dirinya disapina oleh Mahkamah Tinggi London?

Maka kalau Hj Hadi memilih untuk membatalkan tuntutannya, maka akan selamatlah PM Najib. Dan 10 lebai-lebai itu juga selamat tak perlu pergi London!

Demikian kisahnya maka benarlah dakwaan itu. Malu besarlah Pas
PRU 14 ulamak2 ini akan dihukum oleh ahlinya kerana menjual agama.

Mereka mengeletar dan tersepit, tidak dapat lagi nak spin akhirnya ......

Anonymous said...

Hehehe harap2 pak lebai tak ponteng bila dijemput ke mahkamah london nanti, jgn pura2 terbabas ke tehran cari suaka politik dah laa.

Anonymous said...

Oit! Karam, terkini diberitakan lebai nasha terima rm200j dari najib dan rm90 juta diagih2 pada pemimpin pas yg cinta duniawi. Ada balance rm110juta! Takkan nasha makan sorang kot? Hang dapat berapa juta, karam?

Anonymous said...

Dalam kebijaksanaan, profesional golongan yang nak cuba membongkar salah laku datuk najib, ada jugak kesilapan2 yang mungkin disedari atau tak disedari..

1. Bila cuba kaitkan pemimpin kanan pas kononnya terima duit dari najib.. Bukan orang pas je yang tak kan percaya, rata2 rakyat malaysia yang beragama islam pasti tak percaya jugak sebab mereka pun anggap pemimpin pas ni agamawan yang dihormati, yang faham dosa pahala..cuma mereka dalan parti lain ni tidak bersetuju kerana pas nak menegakkan undang2 islam..

2. Bila pendakwaan kes liwat dsai pun dikaitkan dgn najib 100% seolah2 najib yang memulakan kes dsai ni..

Sebab tu dah blh nampak sokongan kat ph ada slow sikit skrg..

Anonymous said...

Kikiki hanya kaum walaunta pas, macai umno dan cybertrooper umno jer yg pandang najib ni sebagai manusia suci. Kita tunggu jer la bila kes di london bermula. Ini bab duit bhai, pak lebai pun boleh cair. Maklum la bini makin ramai, kos sara hidup makin tinggi. Aku tak salahkan lebai pun kalau baham dedak. Akhir zaman biasa la, ramai penjual agama utk jaga perut.

Anonymous said...

Takde sapa pandang najib tu suci... Yang orang islam pandang pemimpin yang baik tu pemimpin2 pas.. Yang tau beza dosa pahala..

Dan bila kita mula meliberalkan islam kita, kita mula menolak pemimpin islam yang baik2 yang tak terima liberalisasi islam macam yang kita nak..


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.