Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI NI MEMANG TAK DE AHLI, TAPI CAWANGAN ADA ?

Tun M jelas mengapa Bersatu belum mesyuarat agung

AddThis Sharing Buttons
Tun Mahathir
Tun Mahathir
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR – Sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki Pendafrar Pertubuhan (ROS)  kerana peringkat cawangan dan bahagian parti itu masih belum berbuat demikian.

Pak Karamu:
Menunjukkan parti BERSATU Lemah, disampin mempunyai berbagai masalah.

Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan  mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

Pak Karamu:
Pentadbiran lemah, golongan atasan juga lembab dan lemah, so macam mana nak memerintah ?

“Ketika ini, kita belum mengatur mesyuarat kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

 Pak Karamu:
Parti lemah dan lembab, tapi pandai bercakap, atau dengar khabar memang ahli cawangan memang tak ada .

Semalam, setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada ROS berikutan aduan bahawa kepimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Pak Karamu:
Macam mana nak mesyuarat, ahlinya memang tak ada ?

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS

SEMENTARA ITU,

 
Armada Lanchang desak ROS haramkan Bersatu
Airul Amir (tiga, kiri) dan Mohd Izaid (dua, kanan) serta sebahagian ahli Armada menggesa ROS mengharamkan Bersatu 
 
  Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terdiri daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu yang jelas  menipu akar umbinya.

Wakil Armada Bersatu Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli-ahli akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap Bersatu yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Selain itu, menurutnya ahli-ahli akar umbi Armada PPBM Lanchang yang hilang keyakinan kepada kepimpinan parti itu juga mendesak Ketua Armada Bersatu,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.

"Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Pengerusi Bersatu dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kamu sedar dipermainkan.

"Kami diakar umbi diperbodohkan dengan begitu mudah dan kami mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran Bersatu kerana mereka penipu danTun Dr Mahathir dan Syed Saddiq kena meletak jawatan," katanya pada  sidang media di sini, hari ini.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Agak pelik, tapi ppbm sebenar tidak memerlukan ahli atau cawangan untuk pru nanti..

Strategi tun makin mudah dibaca.. Pertandingan sebenar adalah antara kem najib menentang kem muhyidin dengan bantuan tun.. Tanpa cawangan ppbm sekali pun, kem muhyidin sebenarnya berada di seluruh negara.. Cawangan umno adalah kem muhyidin.. Mungkin jumlah penyokong muhyidin lebih dari separuh ahli umno..

Setelah dicantas najib untuk bertanding melalui PAU, Ppbm dibentuk untuk kem muhyidin menyingkirkan kem najib.. Jika umno mempunyai rakan komponen bn, kem muhyidin berjaya mempengaruhi pembangkang melalui tun untuk membentuk ph.. Bila sampai masanya nanti, ppbm hanya perlu menamakan mereka dari kem mahyudin yang masih dalam umno sebagai calon.. Tanpa cawangan ppbm atau ahli pun mereka tidak risau..

Tun perlu berada di depan sekarang untuk melindungi muhyidin dan mukhriz sehingga pru nanti.. Lihat apa yang berlaku kepada shafie afdal bila terlalu menonjol.. Tun di umur pesaraan, tidak risau pada apa2 tindakan.. Asalkan kem muhyidin mampu kalahkan kem najib.. Dan apa2 yang berlaku selepas itu sekiranya ph menang, anda fikirlah sendiri..

Anonymous said...

Kem tun lawan kem dedak.

Anonymous said...

Tun pencen dah.. Politik untuk anak2 je..

Kem muhyidin @ ppbm nanti boleh buat macam2 keputusan.. Bergantung kepada jumlah kerusi..

Kata dua pada najib, lepaskan kerusi presiden umno untuk ganti dengan muhyidin sebagai presiden dan mukhriz timbalan presiden umno kalau nak bn kembali berkuasa.. Baik punya bincang, lepaskan najib dari pertuduhan.. 100 hari ke mana apa ke mana... Hihi..

Anonymous said...

Amir lancau tu org umno lah bro!

Anonymous said...

Oooo tak kisah ala perpindahan dalaman je.. Dari kem muhyidin ke kem najib... Dari kem najib ke kem muhyidin.. Camtu je..

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 6 angka [038320] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR RM3 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMOR


4"Anda udah kem-m tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

Solusi yang tepat jangan anda putus asah...AKI akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub:KI JAYA DI NO: [[[085-342-064-735]]]

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.