Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAUM PENIAGA YANG MENCEMAR MARUAH AGAMA ISLAM WAJIB DIHALAU DARI NEGARA INI

APABILA ADA  DIANTARA PENGANUT ISLAM MENGADU TENTANG DILARANG MEMAKAI TUDUNG (MENUNUP AURAH) MAKA UMAT ISLAM WAJIB MEMBELANYA.

TUDUNG KEPADA UMAT ISLAM TERMASUK DIDALAM HUKUM BERAGAMA DIDALAM ISLAM, WALAUPUN TIADA UNDANG-UNDANG DICATET DIDALAM MANA-MANA AKTA DI DALAM SESEBUAH NEGARA.
 
POKOKNYA ADA ADUAN !
TIDAK MEMBELA KEPADA PENGADU TERHUKUM BERDOSA, DEMIKIAN HUKUM YANG TERDAPAT DIDALAM AGAMA ISLAM.
 
KEPADA UMAT ISLAM JANGAN ADA HENDAKNYA YANG BERKECUALI UNTUK MEMBELA KAUM PENIAGA YANG MELAKUKAN LARANGAN MEMAKAI TUDUNG KERANA HUKUMNYA BERDOSA.
 
KAUM PENIAGA YANG MELARANG PENGANUT ISLAM UNTUK MENGAMALKAN AMALAN AGAMA PERLU DITEGUR SUPAYA BERADAB ATAU PEMERINTAH WAJIB MENAMATKAN PERNIAGAAN MEREKA.
 
TIDAK AKAN MENJADI PAPA KEDANA KERANA MENAMATKAN PERNIAGAAN KEPADA KAUM YANG TIDAK MENGHORMATI AMALAN AGAMA DI NEGARA INI.
 
 
-Pak Karamu-

 

 Rakyat tidak nilai khidmat hotel berdasarkan tudung

AddThis Sharing Buttons
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Majoriti rakyat negara ini dan dunia tidak menilai khidmat sesebuah hotel berdasarkan pemakaian tudung oleh kakitangan di kaunter hadapan.

Ahli Parlimen, Rafizi Ramli berkata, soal pemakaian tudung tidak ada kena mengena dengan prestasi kerja.

"Prejudis sebegini wujud dalam mana-mana agama, mana-mana masyarakat, mana-mana negara.

"Oleh kerana manusia yang ada prejudis sebegini memang wujud dalam mana-mana masyarakat, maka akan ada alasan yang diberikan oleh majikan, persatuan atau kumpulan yang benar-benar percaya pemakaian tudung boleh menjejaskan perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kenyataan balas oleh Persatuan Hotel Malaysia yang mempertahankan tindakan hotel tersebut, walaupun mengecewakan, tidak melanggar undang-undang kerana tiada undang-undang mengenai perkara ini.

"Sebab itu isu ini akan terus wujud. Selang beberapa bulan, akan timbul isu bagaimana satu majikan tidak membenarkan seorang yang memakai tudung bekerja atau tidak akan mengambil seorang pemohon kerja hanya kerana dia memakai tudung.

"Sebenarnya isu ini boleh dihentikan dengan berkesan sekiranya ada satu akta yang mengharamkan apa-apa dasar, peraturan atau amalan yang boleh mendiskriminasikan mana-mana individu atau kumpulan atas dasar jantina, kaum, agama atau kelainan upaya," katanya lagi.

Baru-baru ini Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontline).

Isu ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan kakitangan hotel mengadu pekerja wanita Islam diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Sehubungan itu, Rafizi memohon kerajaan menggubal dan menguatkuasa satu akta yang menjamin peluang kerja dan kerjaya yang adil kepada setiap rakyat Malaysia, sekaligus menjadikan sebarang diskriminasi berdasarkan agama, kaum, jantina dan kelainan upaya  menyalahi undang-undang yang akan dikenakan hukuman.

Menurutnya lagi, akta itu boleh dinamakan “Akta Keadilan Peluang Kerja dan Kerjaya” atau “Fair Work and Career Opportunity Act”.

"Semua diskriminasi secara langsung atau tidak langsung diharamkan dan dikenakan hukuman.

"Diskriminasi secara langsung merujuk kepada sebarang perlakuan, amalan, dasar atau peraturan yang dibuat oleh majikan yang menyebabkan seorang pemohon kerja atau pekerja diberi layanan berbeza atau mendapat kelebihan berbanding pemohon atau pekerja lain atas sebab kaum, agama, jantina atau kelainan upaya," katanya lagi.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Terbaik. Tudung tidak menjejaskan prestasi.
Majikan spt ini perlu di hajar! Kerana mereka kurang ajar!

Anonymous said...

Jom ramai2 repot polis.

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [0297] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 330 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Polis tengah sibuk siasat ambiga tu.. Tu la kotor lagi.. Ngaku bersih.. Hihi..

Isu tudung ni, cukup setakat ramai2 bagi tekanan je.. Tak kan diorang berkeras sampai diorang tak nak meniaga lagi..

Anonymous said...

Buat akta lagi bagus. Sapa langgar akta boleh terus hukum.

Tapi tu la. Ada akta pun selalunya orang langgar jugak. Contohnya ada akta tak boleh sapu balak tapi lobai klepet$$ balak sampai licin jugak.....

Anonymous said...

Kita dah buat tekanan supaya jangan telan dedak. Tapi lobai10 klepet$$ dedak$ jugak

Anonymous said...

Akta untuk hutan simpan je.. Tu pun kat pahang ganu selamba je rembat balak hutan simpan..

Akta patut jugak untuk pembinaan lereng bukit.. Dapatkan dulu kebenaran jkr ke, baru boleh proceed.. Jkr tau la bahaya ke tak, kroni penang mana tau.. Tau redah je..

Cleaning- nileriyadh said...

لنظافة شيئا ضروريا وخاصة عند تواجد اطفال صغار يخشي عليهم من الاتربة او الحشرات.
افضل شركة تنظيف بالرياض تقدم لكم افضل خدمة تنظيف للشقق المفروشة، تتميز بوجود عمالة على اعلى مستوى من الخبرة والعمل والامانة
تنظيف موكيت بالرياض
افضل شركة تنظيف كنب بالرياض
افضل شركة تنظيف فلل بالرياض
افضل شركة تنظيف مساجد بالرياض
افضل شركة تنظيف وصيانة مسابح بالرياض

Anonymous said...

Rasanya terlalu buat tekanan kat orang lain sampai lupa nak ingatkan diri sendiri.. Tu yang tertelan jugak tu 200k yang patut semuanya pegi ke kerajaan negeri.. Takpe lain kali ingatkan diri sendiri dulu sebelum ingatkan orang lain..

Anonymous said...

Alhamdulillah kelantan dah berjaya dapat ISO 2009 mengenai pengurusan hutan/balak terbaek negara bg tahun 2016.. penang tak dapat ke?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.