Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI TERBUNUH GEMPA BUMI DI IRAN

Gempa bumi ragut 328 nyawa rakyat Iran

Gempa bumi ragut 328 nyawa rakyat Iran
Iran merupakan antara negara yang paling aktif secara seismik di dunia. –Foto EPA
 
TEHRAN – IRAN.  Sekurang-kurangnya 328 rakyat Iran maut dalam gempa bumi bermagnitud 7.3 yang melanda kawasan sempadan Iran-Iraq pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA pada Isnin.

Gempa itu turut mencederakan hampir 4,000 orang,  menurut laporan tersebut.

Pusat gempa terletak kira-kira 32 kilometer di selatan bandar Halabja di kawasan pergunungan terpencil di timur Iraq, kira-kira 200 kilometer di timur laut Baghdad dan 400 kilometer di barat Tehran, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu melanda kawasan terbabit pada 9.18 malam waktu tempatan (0018 GMT), ketika ramai orang berada di rumah, kata USGS.

Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah Iran yang berhampiran sempadan Iraq termasuk ibu negaranya, Tehran. Lebih 20 kampung dalam wilayah Kermanshah musnah manakala bekalan air dan elektrik mengalami gangguan.

Rangkaian jalan di kawasan itu turut mengalami kerosakan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Jeneral Manouchehr Amanollahi pada Isnin berkata kesemua jalan telah dibuka dan aliran trafik adalah normal.

Selain itu, para pegawai berkata akses ke kawasan pedalaman masih terhad. Pasukan kecemasan Iran telah dikerah ke kawasan yang dilanda gempa manakala helikopter digunakan untuk menghantar keperluan asas.

Terdapat juga gempa susulan bermagnitud antara 4.5 dan 6.1 di kawasan terbabit.​​​​​​​ Beberapa hospital lapangan turut diwujudkan di kawasan yang dilanda gempa.

Gempa bumi itu turut dirasai di Turki, Armenia, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu.

Sementara itu, penduduk di bandar Sanandaj dan Qasr-e Shirin yang terletak di barat Iran telah meninggalkan rumah masing-masing susulan gempa bumi kuat tersebut.

Ketua Organisasi Pengurusan Bencana Nasional Iran, Esmail Najar, berkata lebih ramai orang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan di daerah Qasr-e Shirin dan Sarpol-e Zahab dalam wilayah Kermanshah.

Iran merupakan antara negara yang paling aktif secara seismik di dunia kerana direntasi beberapa jaluran garis sesar utama yang meliputi sekurang-kurangnya 90 peratus negara itu.

Akibatnya, gempa bumi yang membinasakan kerap berlaku di Iran.

Gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah moden Iran berlaku pada Jun 1990.

Ia telah memusnahkan beberapa bandar di bahagian utara iaitu Rudbar, Manjil dan Lushan yang membabitkan ratusan kampung dan meragut nyawa kira-kira 37,000 orang.

Satu gempa bumi yang melanda bandar Bam pada Disember 2003 pula telah menyebabkan 26,000 orang terkorban. –Bernama

11 orang berkata:

Anonymous said...

Alamak!!!!!!!! Ayatololla Lobai dol selamat tak?

Anonymous said...

Walaunsz wajib lancarkan tabung jihad tin milo ni. Darurat ni.

Anonymous said...

Atas dasar kemanusiaan boleh je.. Syiah kat iran ke, kafir harbi kat penang ke... Semua kita bantu.. Duit yayasan 200 ribu dulu ada lagi tak.. Hulur la sikit bagi bantuan.. Tak kan nak makan sorang.. Hihi..

Anonymous said...

anon 9.59, apa kata kita mintak dengan lebai nasha atau hadi, 200juta tuu.. takkan habis dah? takkan makan berdua jer kot?

Anonymous said...

Yang tu tak sahih masih di awang2an tak terbukti.. Yang 200k tu confirm, masa yayasan pintu belakang kena banjir.. Hihi..

Anonymous said...

Selamat datang ke London Pak Lobai.
Tarik balik je kes ni senang. Bayar je ganti rugi.
Kalau teruskan nanti banyak yang bocor, ahli tidak akan percaya lagi.
Spin je alasan kat ahli penarikan ini kita ambil bagi mengelakkan pembaziran.
Kan mudah atau macam nik abduh cakap konspirasi antarabangsa.
Settle kan. Ahli akan percaya bulat2 punya. Walaupun korang yang failkan pendakwaan di London.
Ok x tips tu?

Anonymous said...

Dah mula gelisah ke? Kalau baru sedar yg 90 juta tu fitnah semata, elok istighfar byk2..
Allah Maha Pengampun..

Anonymous said...

Jumpa di London. Tarik balik maknanya benarlah pak lobai rembat duit 200 jota

Anonymous said...

Eh mana boleh tarik balik orang tengah menggelupur nak sediakan bukti tu.. Hihi..

Tindakan bijak tghh saman di london.. Setakat saman di malaysia, parti pas je yang dibersihkan dari fitnah.. Tghh tu timbalan ketua kesatuan ulama muslimin sedunia.. Kena bersihkan peringkat international jugak, melibatkan kesatuan ulama..

Tindakan tak bijak ph, kaitkan tghh dengan najib.. Tak pasal2 najib jadi bersih sebersih2nya bila terbukti fitnah.. Hilang kelepet najib sebab tuduhan2 ph kat najib, dunia tak percaya lagi.. Dok gitu?..

Anonymous said...

Jom kita main teka teki..

Siapakah bekas MB Terengganu yg tak mampu nak hadiahkan anaknya sebuah bot?

Anonymous said...

Setuju sangat..Clare Brown pun awal2 dah kata artikel tak tujukn kpd TGHH.. keh keh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.