Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TABAH UJIAN DARI ALLAH

Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

AddThis Sharing Buttons

Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam
Keadaan banjir kilat yang melanda Jalan Dato Kramat sejak awal pagi tadi. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
GEORGETOWN - Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri  ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang semalam dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan  ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan  hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung  dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

"Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di  kawasan Seberang Perai kita masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani dan kita amat perlukannya. Ada ramai mangsa-mangsa yang hendak kita selamatkan.

Keadaan sekarang lebih baik sikit kerana hujan telah reda. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan kita lihat angin masih kuat. Kita masih bimbang tentang kejadian yang tidak diingini kerana angin kuat dan kita bimbang hujan akan kembali lagi," katanya di sini, hari ini.

Lim berkata kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

"Angin yang begitu kuat tak pernah kita lihat bersama hujan lebat (dan ia) benar-benar telah melebihi keperluan kita. Kita tidak ada sumber yang cukup untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir.

 Terima kasih pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu. Saya harap semua dapat terus jaga keselamatan diri dan keluarga," katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan Seberang Jaya, dekat sini mendapati kawasan berkenaan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih  terkawal  dan tiada pesakit dipindahkan.

Seramai 21 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas pada kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.

Katanya tiga penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kesemua mendarat dengan selamat.

"Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata banyak jalan utama dinaiki air dan demi  keselamatan orang ramai, kami  tidak mempunyai  pilihan selain menghentikan operasi sehingga  keadaan  kembali pulih,” kata kenyataan itu sambil meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.