Kita tidak merdeka jika benar pihak asing pantau pilihan raya, kata Dr M
November 26, 2012
SERI KEMBANGAN, 26 Nov — Negara sudah tidak lagi merdeka jika
benarkan pihak asing memantau pilihan raya, kata bekas perdana menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
Beliau berkata, pemantau asing ini diperlukan pihak pembangkang untuk membuat kacau sekiranya kalah dalam pilihan raya.
“Kita sudah tidak lagi merdeka, jika kita benarkan pemantau asing untuk datang ke sini memantau pilihan raya.
“Mereka nak bawa Amerika, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.
“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk
menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,” kata beliau dalam
sidang media selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba,
di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.
MENYUSUL LAGI
0 orang berkata:
Post a Comment