Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor
Wartawan Sinar Harian
26 November 2012
Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor
Keratan Sinar Harian yang menyiarkan isu berkenaan.
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor diminta tidak membuat sebarang andaian sebelum merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penemuan 134,675 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menanti laporan daripada penemuan itu dan sudah bersedia untuk memberi penjelasan.


Menurutnya, SPR tidak menolak usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri itu namun ia sepatutnya dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.


“Kita sudah bersedia memberi jawapan kerana kita bekerja mengikut fakta dan undang-undang,” katanya.


Wan Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian, Sabtu lalu, yang mendakwa Kerajaan Negeri mengesan seramai 134,675 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilik Induk.


Beliau juga turut mempersoalkan kaedah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menjejak pengundi yang dilaksanakan melalui bancian dari rumah ke rumah sekiranya ia berdasarkan alamat mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“SPR tidak pernah memberi persetujuan kepada mana-mana pihak untuk melakukan bancian pengundi termasuk Kerajaan Negeri tetapi SPR tetap menghormati usaha mereka.

“Ini kerana, kita khuatir sekiranya mereka tidak memahami kaedah sebenar bancian dan membuat andaian, ia pada akhirnya akan mengelirukan orang ramai.

“Jika mereka membuat bancian dengan cara pergi dari rumah ke rumah berdasarkan alamat dalam rekod JPN, ia akan jadi tidak tepat kerana berkemungkinan individu itu tidak lagi tinggal di alamat didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata, tidak salah di sisi undang-undang SPR sekiranya seseorang itu tidak lagi tinggal di tempat asal tetapi masih menggunakannya sebagai alamat pengundi.

“Boleh jadi mereka ini sewaktu mendaftar dengan SPR, mereka tinggal di situ tetapi kemudian mereka berpindah dan masih belum mengemas kini data terbaru mereka.

“Sekiranya kaedah ini diambil kira Kerajaan Negeri dalam penemuan itu, kita khuatir ia tidak tepat kerana masalah berkaitan alamat itu bukan sesuatu yang pelik malah ia perkara biasa di Malaysia ini,” katanya.

  • Suhaizy Shamsudin · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Biasa la... dah rasa2 macam tak boleh memang, katalah SPR salah. Daftar pemilih tipu... pengundi hantu dan macam2 lagi. PR ini maksum... paling suci. Semua pemimpin2nye 'betul2 berjiwa rakyat tulen'.... hinggakan ada yang menjadi 'jutawan segera' ketika di dalam PR ni. Dalam masa 4 tahun jer sudah boleh pakai 3-4 biji kenderaan mewah. Tak percaya cuba check beberapa AP nye..... ada yang dulunye jual buah2 jer. Hairan bin ajaib.... tapi tak mustahil.
    • Aidil Aimar · Top Commenter
      AP kera jaan yg keluarkan..mcm mn PR blh dpt...ko cek pemimpin UMNO ada berapa juta bilion sejak jd menteri/ketua menteri/menteri brsar...buta kayu punya org
    • Suhaizy Shamsudin · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      Buat adik 'Aidil Aimar'... lain kali bagi salam dulu. Jangan nak menyampuk tak tentu hala. AP tu Ahli Parlimen... yang adik dok melalut tu pasal apa? Buka minda tu sikit. Jangan ingat AP tu, utk AP kenderaan saja. Adik tu yang 'buta kayu'....
    • Niru Ssb · · Top Commenter · Smk balai ringin serian sarawak
      suhaizy shamsudin,kamu tu yg buta kayu...''aidil aimar''kata AP yg bertanggung-jawab pelepasan exsist kereta bukan AP ahli parlimen,ahli parlimen org biasa panggil MP ....bongok betul la nko.ni....sama cam lembu baka kat gemas...nun.
  • Ikan Masin · Top Commenter
    SPR memang kerjanya menjadi anggota parti komponen BN untuk menjalankan kerja menipu bagi memastikan UMNO/BN menang. Ini semua orang tahu, termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Wan Ahmad boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik kerana pandai membuat penampilan bersahaja ketika mempertahankan kerja penipuan yang SPR lakukan apabila berdepan dengan media. Baca sini; http://unofficialversion.wordpress.com/2012/11/25/pru-13-umnobn-sepatutnya-kalah-tetapi/
    • Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
      Jangan mudah melakukan fitnah. Ingat dosa kita walaupun kita kata orang lain berdosa.
    • Muhammad Mukhtar · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      Allahlah yang menentukan kalah atau menang nasib seseorang...belajar aqidah skit la ikan masin oooiii!!! Janganlah menidak ketentuan Allah...aqal kita ni takat mana sangat boleh berfikir....
  • Rank Wwow · Top Commenter · Harvard University
    SEDARLAH WAHAI AHLI REJIM UMNO...spr hhharam,jadahhhhh....
    POLITIK UMNO HANYA MEROSAKAN BANGSA,
    POLITIK UMNO HANYA FITNAH & MENIPU,
    POLITIK UMNO HANYA LUCAH DAN JIJIK...

    Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
    VOTE PAKATAN RAKYAT - Malaysia Needs a New Federal Government by voting in PAKATAN RAKYAT (PR) which may not be 100% perfect but surely 100% better than racist UMNO/BN.
  • Firdaus Latiff · Executive modeller at IR Technic Sdn. Bhd
    nak sangsi ape lagi.. no i/c tulen bukan palsu... dulu ramai atas pagar sekarang ramai dah buka mata... ape yg terbaik utk negara sebab itu mereka daftar untuk mengundi tahun ini.....
  • Masco Crazyz · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    PR memang kerjanya menjadi anggota parti komponen BN untuk menjalankan kerja menipu bagi memastikan UMNO/BN menang. Ini semua orang tahu, termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Wan Ahmad boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik kerana pandai membuat penampilan bersahaja ketika mempertahankan kerja penipuan yang SPR lakukan apabila berdepan dengan media. Baca sini; http://unofficialversion.wordpress.com/2012/11/25/pru-13-umnobn-sepatutnya-kalah-tetapi/
  • Ramzul Iman · Works at Pengarah Urusan CEO
    isu SPR ni lama dah, tapi kalau betullah ore dlm SPR ni buat onar, manipulasi daftar pemilih, ingatlah, besar sgt doasanya, kalau nk bertaubat esok2pun sebelum mati, anda kena ingat, anda kena minta maaf ng seluruh rakyat Malaysia secara terbuka, kalau tak betul seperti yg didakwa PR takperlah. cuma just ingatan, kita semua ni ada penyakit keturunan, iaitu penyakit MATI, tak tau bila AJAL tu akan sampai, so dunia ni sementara jer, bertindaklah dgn jujur dan jagalah amanah ALLAH yg telah diberikan kepada kita. pepehal pun, saya tetap bersama PAS, Takbir!
    • Muhammad Mukhtar · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      Cuba tunjuk atau umumkan dalam suratkahabar Selangor Kini ker apa tu...takut macam kes azmin dulu...hhaa..haa...bila salah terus senyap...bukannya pandai nakminta maaf orang PKR ni...
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    SPR, nasihat Rakyat Malaysia jika kali ini memang terbukti SPR ada melakukan penipuan, maka SPR yg merosakkan Demokrasi di Malaysia ini... Harap apa yg SPR lakukan sekarang benar2 mengikut peruntukan Undang2 dan Perlembagaan Malaysia... Jaga kepercayaan Rakyat Malaysia... Itu harapan kami...
  • Abdhalim Hasbi · Top Commenter · UKM
    SPR adalah badan bebas yg dilantik di bawah DYMM. Kalau SPR pecah amanah, takkanlah PRu yg lepas banyak wakil PR yg menang? MB hanya hendak jadikan isu politik utk meraih simpati dan sokongan, salah satu strategi politik.
  • Khalid B Kamaruddin Khalid · Works at Project Executive
    mati hidup balikkk aku,,aku tetap orng umno,,pembangkang niee kuat putar belitttt,,macam cacing
  • Indera Hj Chik · Top Commenter · Marang at Pengurus Syarikat
    wan ahmad,orang terengganu sudah kenal siapa kamu...tapi ingat balasan dari ALLAH taala yg perlu kita takut,bukannya mengikut telunjuk manusia yg akan mati jua mengadap ALLAH
  • Ben Karemo · Top Commenter · Uitm arau
    SPR nie...kita dah bagi info siasatlah , jgn banyak cakap pulak.Kalau nak ikut saluran , nanti segala laporan akan SENYAP saja.

    Bagaimana nak dapat duit melalui kerje part time?Register untuk lihat maklumat lanjut.http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Paper
  • Muhammad Mukhtar · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    PASTI ALLAH AKAN MENANGKAN KPD SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA...ITULAH KEHEBATAN ALLAH BERBANDING MAKHLUKNYA>>>
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.