AGM Umno pentas keramat, kata Khairy
26 November 2012
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mesti menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012
sebagai landasan untuk meledakkan semangat perang berjuang
habis-habisan bagi memenangi minda dan hati pengundi muda serta pemilih
atas pagar dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, anggota perwakilan Pemuda Umno seharusnya dapat mencambah fikiran untuk merangka dan memperkasa strategi, sekaligus menterjemahkan sokongan generasi muda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tegas mengingatkan para perwakilan perhimpunan sayap Pemuda Umno nanti agar membekalkan diri dengan hujah yang akan disampaikan pemimpin dan mesej kepada rakyat.
"Hujah ini kekuatan kepada kita (Pemuda) dan perlu kita bawa balik ke kawasan masing-masing bagi kita sebarkan kepada rakyat. Ini pentas keramat, saya beri kebebasan (berbahas) jadi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.
"Kita (Pemuda) harus menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia luar bahawa Perhimpunan Agung Umno bukan untuk ahli kita atau perwakilan sahaja tetapi tujuannya untuk menghantar mesej dan isyarat yang jelas kepada rakyat iaitu Umno komited untuk berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Bernama.
Perhimpunan Umno akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri esok di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiap sayap akan diwakili 991 anggota, manakala Perhimpunan Agung Umno Khamis ini akan mengumpulkan 2,759
anggota yang akan bersidang sehingga 1 Disember.
Seperti sayap Umno lain yang memberi fokus agenda utama perhimpunan agung berbincang mengenai persiapan akhir menghadapi PRU-13, Khairy mahu kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno memainkan peranan lebih besar menjelang pilihan raya umum dan tidak hanya berada di takuk lama sebagai pemasang bendera, penggantung poster dan juga penjaga keselamatan.
"Pemuda mampu memainkan peranan lebih besar khususnya dalam konteks perang minda yakni menawan minda dan hati rakyat. Bagi saya itu lebih penting daripada melakukan kerja-kerja rutin.
"Selain itu tidak kekok saya katakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai peraih undi bersama sayap Wanita serta Puteri yang pergi rumah ke rumah, ada juga rumah yang mana penghuninya orang muda, jadi lebih sesuai Pemuda berada di sana," kata Khairy.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata generasi muda mesti tahu apakah implikasi pilihan mereka pada PRU-13 terhadap masa depan negara dan bahawa senario inilah pilihan yang terpaksa mereka hadapi.
Khairy berkata, ada pihak yang berpendapat bahawa pengundi muda merupakan faktor penentu kepada PRU-13 disebabkan sifat atas pagar dan sokongan mereka lebih mudah dilentur berbanding penyokong tegar sesebuah parti yang telah diketahui arah sokongan mereka.
"Sokongan yang mudah dilentur itu juga menjadi faktor mengapa pengundi muda harus diberikan tumpuan daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang telah 'buta hati' terhadap jasa dan bakti Umno.
"Mereka yang buta hati terhadap kebaikan yang dibawa Umno saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka. Majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan
akan menjadi sasaran," katanya.
Khairy berkata senjata terpenting dalam memenangi hati pengundi ialah hujah yang tepat dan berkesan, bukan retorik semata-mata.
Penggunaan media baharu seperti Twitter, Facebook dan portal berita merupakan antara cara terbaik meraih sokongan pengundi muda kerana lebih 80 peratus daripada pengundi di bawah umur 40 tahun itu mendapat maklumat terkini daripada media digital.
"Apa yang menarik mengenai media baharu dan pengundi ini ialah adanya informasi sumber orang ramai dalam satu tempat dan informasi ini bukan informasi jenis satu hala seperti dalam media arus perdana. Inilah yang kita perlu gunakan sepenuhnya bagi menarik sokongan generasi muda yang berada atas pagar sokong kita.
"Buat permulaan jangan sama sekali kita tapis media baharu ini. Bila satu isu mengenai kita muncul pada media itu, kita perlu balas kembali dengan fakta yang relevan dan berhujahlah pertahankan kes kita dan kita perlu lakukan ini dengan pantas kerana pusingan media ini kurang lima minit berbanding arus perdana kira-kira 24 jam," katanya.
Selain menggunakan media baharu, Khairy berkata, kerajaan dan Pemuda Umno mengambil langkah turun padang dan mendengar secara langsung apa yang ingin diperkatakan pengundi muda, kerana era kerajaan tahu apa yang terbaik untuk
rakyat, telah berakhir.
"Bukan lagi masanya untuk berteka teki. Kita mesti tahu apa yang diperlukan oleh generasi ini dengan penglibatan bersama generasi ini. Kita dengar apa mereka kata dan mahu kemudian laksanakan, kita tidak sesekali dengar sahaja," katanya.
Hasilnya, kata Khairy, berlakulah transformasi berlandaskan 'politik khidmat bakti' Pemuda Umno bangkit membantu generasi muda menerusi pelbagai program seperti Pameran Kerjaya Pemuda BN yang disasarkan untuk mengatasi isu
kebolehpasaran pekerjaan rakyat bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan tinggi. - Bernama

- Iffliea Abdullah · Top CommenterAGM Umno 2012 pentas kiamat (pengakhiran) UMNO sebagai parti pemerintah di Malaysia
- Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
- Ikan Masin · Top CommenterPerhimpunan UMNO akan digunakan untuk menghentam pembangkang dan di antara satu sama lain di dalam UMNO sendiri. Rami\ai yang tak puas hati kerana tahap kedudukan UMNO masih tidak kuat, Najib dianggap lemah dan ramai yang tidak puas hati kerana tak dapat jadi calon
- Nasi CapAyam · Top CommenterSebenarnya, peluang untuk BN kekal berkuasa pada PRU13 tidak mustahil jika artikel berikut diambil kira
http://www.malaysiakini.com/ columns/212771 - Ishak Abdol · Subscribe · Top Commenter · Senior System Consultant at IDA SingaporeSlogan 'Visi Dan Misi Baru' UMNO/BN untok memperjuang kan hak dan kebajikan nasib rakyat, dengan menampil kan lebih ramai calon calon muda daripada kalangan 'Winnable Candidate', tersebut akan dapat mengubah tangapan negatif, kecurigaan, persepsi fikiran hati rohani dan pendapat rakyat khusus bagi pendudok pendudok yang berada di atas pagar, yang mahu kan perubahan drastik lagi mampan untok memperbaiki kehidupan dan kebajikan mereka, termasuk dengan plan pembangunan prasarana dan kemudahan asas yang lebih baik, perluang perkerjaan yang lebih banyak dan menjadi wakil rakyat yang bertanggung jawab untok selama berhidmat di kawasan undi tersebut. Itu yang lebih penting dan harus di pertengah kan oleh pimpinan UMNO/BN
- Abu Abup · Top CommenterSepatutnya ini pentas digunakan untuk membaiki, membersih, dan membongkar kekotoran umno. Gantung mana mana ahli (termasuk Presiden) yang ada skandal. Baru rakyat nampak (yang nampaklah) yg umno ada usaha untuk mentadbir demi rakyat, bukan demi perut kroni.
Juga dinasihat kpd kepala mereka najis razak supaya membersihkan najis dalam keluarga sendiri dahulu, baru bolem pimpin umno. Hai kak mah, macam mana big mama ni boleh kumpul duit dari kecik untuk beri cincin 24 juta. Kalau aku, aku invest kat benda lain. - Abe PieaPentas Keramat? bunyi macam biara, tokong atau kuil je? hehehe Melayu umNGOK Melayu umNGOK, macam2..
- David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Pentas keramat, sikit lagi akan menjadi pentas berhantu......kiamat...
- Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahaubelum pernah dlm sejarah umno,ketua pemudanya awal2 lagi mngisytiharkan takut bertanding dan taknak bertanding dlm pilihanraya umum.
KJ bukan saja tahu dia bakal kalah malah skrg ada suara2 dlm umno yg mahu dia disingkirkan.smlm tun M selamba sj hentam pemuda umno kononnya 'tak bergerak' sptmana wanita dan puteri.semua org umno tahu tun M sindir KJ dan sedang merendah2kan keupayaan KJ.dan kita juga tahu dendam mahdey pd KJ sampai mahdey keluar umno bawak 2 org pengikut setia saja. - Andre Setiawan · Top Commenterperhimpunan bt kali terakhir buat lanun-lanun dan perompak duit rakyat..semoga cepat dikuburkan.,SELAMATKAN MALAYSIA DARI MEREKA SEMUA.
5 orang berkata:
lebron james shoes
mont blanc pens outlet
nba jerseys
gucci outlet
bills jerseys
detroit lions jerseys
moncler jackets
moncler outlet
jets jersey
ed hardy uk
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags sale
cheap michael kors handbags
lions jerseys
michael kors outlet store
hugo boss outlet
cheap nike shoes sale
gucci borse
green bay packers jerseys
michael kors handbags
yeezy 700
kobe basketball shoes
lebron 18
curry 6
golden goose sneakers
moncler
kd12
golden goose
yeezy shoes
bape
7a replica bags replica ysl bags australia replica bags and watches
directory l3h11u4b01 7a replica bags wholesale replica bags online replica bags in delhi gucci fake r3l88r7p17 best replica ysl bags replica bags online uae investigate this site r6o23c8i59 replica bags wholesale
Post a Comment