25/11/12
Gambar menarik Himpunan hijau Di Dataran Merdeka
KUALA
LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail antara 10,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran
Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan dijangka berakhir di Dataran hari ini.
Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu.
Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara
beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan
perarakan.
Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan
bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan “Hentikan Lynas” sepanjang
perjalanan.
Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan
Sentul Pasar, turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang
membunyikan hon.
Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini.
“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya di petik dari Malaysiakini.
Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen
Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.
Media melaporkan, hampir 100 pegawai DBKL termasuk anggota polis
dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan
notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment