Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505
17 Rejab 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM -Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan ketiadaan
pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), dari DAP dan Pas dalam Himpunan
Black 505, di padang Amcorp Mall, kelmarin adalah kerana pemimpin
tersebut berada di luar negara.
Beliau memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada
di Turki manakala, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berada di
London.
“Mereka di luar negara, jadi bagaimana mereka mahu hadir himpunan Sabtu lalu?,” katanya kepada Sinar Harian.
Himpunan anjuran 50 NGO itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan beberapa pimpinan PR yang lain.
Himpunan yang berlangsung bermula jam 4.30 petang itu tamat pada jam 12
tengah malam dan dihadiri penyokong yang memakai baju berwarna hitam.
Mengulas lanjut mengenai himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pimpinan PR berpuas hati dengan sambutan diberikan rakyat.
“Semua himpunan sebelum ini pun mendapat sambutan seperti yang berlaku semalam. Jadi kita berpuas hati,” katanya.
Dalam pada itu katanya, beliau kini sibuk dengan permintaan untuknya
menjadi penceramah di setiap himpunan itu yang diadakan di seluruh
negara.
“Saya kini dalam perjalanan ke Tapah, Perak. Malam ini (semalam) akan diadakan di sana pula himpunan 505,” kata beliau.
Sinar/-
0 orang berkata:
Post a Comment