26 May 2013
MASALAH DALAM KELAMBU JANGAN JAJA SATU MALAYA
Seorang
yang berjiwa besar akan memohon maaf jika buat kesalahan. Saya mohon
maaf jika saya ada menghentam sesiapa terutama hentam Ulama'.
Ulama' pula juga perlu mohon maaf jika melakukan kesilapan dan kesalahan.
Saya dengan ini memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika saya melakukan
kesalahan dan kesilapan selama ini. Musuh sedang mengatur strategi untuk
menangguk di air keruh.
Bersatu melawan musuh, jangan biarkan musuh menyelinap dan memasukkan jarum dalam perjuangan kita.
Hormati kawan dan pendirian masing-masing. Jangan burukkan kawan
dikhalayak ramai, sentiasa maaf memaafkan. Sedar akan kelemahan dan
kelebihan masing-masing, jangan berlagak jadi boss, kita semua pejuang,
yang lemah kita bantu, yang kuat jangan perasan dan berlagak....rakyat
sedang memerhatikan kita semua.
Selagi saya tegaskan jangan beri peluru pada musuh, segala masalah boleh
diselesaikan. Masalah anak beranak jangan dok jaja satu Malaya .....
0 orang berkata:
Post a Comment