Anwar adalah institusi, kata Saifuddin
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu
"institusi", kata Datuk Saifuddin Nasution. Beliau berkata demikian
ketika diminta mengulas usul cadangan untuk melantik Anwar menjadi
Presiden PKR pada Kongres Khas 2013 PKR, hari ini.
Menurutnya, kedudukan Anwar adalah unik dan mampu meningkatkan sokongan rakyat walaupun tidak menjadi Presiden PKR.
Saifuddin juga berkata, Anwar sering kali mendapat perhatian daripada semua parti politik dan sering dikaitkan dalam sesuatu isu.
"Saya berpendapat kedudukannya unik, kedudukan yang berjalan macam sekarang itu pun telah berjalan dengan tertib dan aman, sokongan rakyat telah meningkat juga.
"Dia telah jadi institusi, tiada satu acara pun yang tak dikaitkan dengan beliau, seperti muktamar Pas semalam pun saya tengok ada gambar Anwar juga yang disiarkan dalam televisyen.
"Kalau begitu kedudukannya, saya anggap tak ubah sebarang politik seperti yang bergerak sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya kongres khas parti itu, hari ini, di sini.
Terbaru, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.
Amirudin yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas 2013 berkata, cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.
“Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.
“Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden PKR, Mohamaed Azmin Ali berkata, Anwar boleh aktif memegang mana-mana jawatan untuk mengukukuhkan kepimpinannya dalam PKR dan juga PR.
"Beliau telah memberikan kepimpinan yang terbaik sebaik sahaja beliau dibebaskan, tetapi sebelum ini parti dibentuk pada tahun 1999 kalau Datuk Seri ada di luar pastinya dia jadi presiden parti.
"Pada 2004 beliau dibebaskan ada undang-undang yang menghalang beliau, jadi kita bawa usul khas di Seremban supaya kita letakkan beliau sebagai ketua umum sekarang ini halangan itu sudah tidak ada lagi.
"Maknanya beliau boleh aktif memegang jawatan, dan memberi kempinanan yang kuat dan jelas dalam PKR and PR, itu sentimen dalam PKR," ujarnya.

0 orang berkata:
Post a Comment