• Azam Mat Sabu  
  • Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu gembira setelah mengekalkan jawatan beliau selepas keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) Muktamar Tahunan Pas ke- 59 di Stadium Melawati hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menegaskan Pas dan PR perlu merampas negeri Johor daripada dakapan Umno supaya 'kekuatan' parti itu dapat dihentikan.

Jelas Mohammad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu, Johor merupakan tanah kelahiran Umno dan sekiranya Pas berjaya menawan Johor dalam PRU akan datang, ia sekaligus dapat menamatkan nadi Umno di Malaysia.

 "Kalau kita (Pas) berjaya menawan Johor dalam PRU akan datang, insya-ALLAH kita berjaya tamatkan 'riwayat' Umno," katanya ketika sesi perbahasan penggulungan hari ini.
 Sehubungan dengan itu, Mat Sabu berharap Pas tetap bersama PR bagi memastikan 'matlamat' tersebut tercapai.

"Kita kena bersama PR, kerana kalau Pas keseorangan, kemenangan kita hanya setakat di Rantau Panjang sehingga Kemaman sahaja.

 "...tetapi kalau kita bersama PR, kemenangan kita telah melangkaui sehingga ke Selangor dan insya-ALLAH kalau kita tetap teguh dalam PR, Johor mungkin menjadi milik PR," katanya.