TPP: Kerajaan perlu kekal dalam rundingan
SHAH ALAM – Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi
(Ideas), Wan Saiful Wan Jan berpendapat kerajaan perlu bertegas untuk
kekal dalam perundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Menurutnya, TPP membuka ruang kepada perniagaan di Malaysia untuk ke pasaran luar negara dan begitu juga sebaliknya.
“TPP ini secara umumnya membuka pasaran. Faedah akhirnya akan sampai kepada rakyat. Melalui TPP ini, mereka yang ada perniagaan di Malaysia akan dapat akses pasaran di luar negara dan pasaran luar akan ada akses pasaran di Malaysia.
“Jadi, secara umum, ia satu perkara yang amat baik untuk Malaysia dan kerajaan berada dalam satu landasan yang betul untuk membincangkan kemungkinan Malaysia menyertai TPP,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual eksklusif, hari ini.
Namun katanya, ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam menimbang keputusan perjanjian itu.
“Saya rasa kerajaan perlu bertegas untuk kekal dalam perbincangan TPP. Ada pihak yang amat tidak bertanggungjawab menyeru supaya kerajaan keluar daripada perbincangan.
“Tapi ada beberapa perkara yang sedang hangat dibincangkan. Iaitu peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan satu lagi polisi perolehan kerajaan (government procument policies),” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menekankan soal membuka lebih banyak ruang dalam polisi perolehan itu serta mengurangkan peranan GLC.
“Sepatutnya jika kita nak buka pasaran, polisi perolehan perlulah adil untuk semua dan tidak memberi kelebihan kepada syarikat tertentu. Jadi, sepatutnya bilangan GLC dikurangkan supaya tidak ada syarikat yang mendominasi sesuatu pasaran. Tapi di Malaysia kita menggunakan kaedah ini untuk membantu bumiputera.
“Bagi saya kita kena membuka lebih banyak ruang dalam polisi perolehan dan memang kena kurangkan peranan GLC dalam ekonomi negara dan kerajaan kena tengok untuk jangka masa panjang apa yang terbaik untuk negara,” katanya.
Mengambil contoh harga kereta mahal yang menjadi perdebatan sejak sekian lama, beliau melihat TPP dapat memberikan harga kereta yang lebih murah ekoran berlakunya persaingan.
“Saya bagi contoh isu yang panas sekarang adalah harga kereta. Dengan TPP, lebih banyak model-model kereta yang boleh masuk ke Malaysia dan akan berlaku persaingan. Persaingan itu akan menyebabkan harga turun,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment