Janji tahun baharu MB Selangor
SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji mengamalkan dasar
kebajikan saksama dalam usaha memelihara kepentingan rakyat majmuk
berjumlah 5.6 juta di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan Tahun Baharu 2014 memaklumkan, dengan kuasa terhad negeri dalam soal penentuan harga barangan keperluan dan perkhidmatan serta kediaman, kerajaan negeri akan memberi peluang sama rata kepada seluruh rakyat di Selangor menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira asal keturunan atau kedudukan mereka.
“Saya memberi jaminan sejak PR menerajui Selangor pada Mac 2008, kita tidak mengamalkan fahaman populis, sosialis dan sebagainya, sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik majoriti rakyat negeri ini.
“Buktinya, apabila PR mengekalkan kerajaan negeri dalam PRU13 5 Mei lalu, bahkan mendapat pertambahan kerusi hingga melebihi 2/3 majoriti, iaitu 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Hal ini ekoran dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diterima dan memanfaatkan rakyat maka kita mahu meneruskannya supaya pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh demi kemaslahatan rakyat dan kemakmuran negeri,” katanya.
Dalam perkembangan sama katanya, dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, kerajaan negeri meneruskan perbelanjaan berimbang serta pengurusan kewangan berkelas, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 2.28 bilion bagi kemaslahatan rakyat dan negeri Selangor Darul Ehsan.
“Saya, selaku Menteri Besar Selangor, berusaha bagi memastikan semua wakil rakyat serta penjawat awam dan pimpinan masyarakat di seluruh negeri menggalas tugas dan tanggungjawab menyejahterakan rakyat Selangor ini dengan ikhlas tanpa culas.
“Bagaimanapun, saya yakin rakyat Selangor khususnya sudah siap siaga bagi mengharung tahun 2014 yang dijangka menghimpit ruang kehidupan, antaranya yang pasti disebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang sekali gus meningkatkan kos sara hidup sesama kita,” katanya.
Menurut Abdul Khalid, antara beban yang ditanggung rakyat sejak suku akhir tahun 2013 lagi ialah kenaikan harga petrol, gula dan minyak masak.
“Memburukkan lagi keadaan, dijangka awal tahun 2014 ruang beban kenaikan harga kian melebar meliputi kenaikan tarif elektrik, harga gas, harga beras, tiket pengangkutan awam dan kadar tol di lebuh raya. Bahkan kenaikan harga semuanya itu dijangka menggamit kenaikan harga rumah kediaman yang diklasifikasikan “rumah mampu milik”, katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment