BUGHAH-BUGHAH MULA TENTANG MUFTI, WOIT ? KO RANG BUGHAH-BUGHAH BERANI LAWAN MUFTI YEK ? NAK MASUK NERAKA ?
-Pak Karamu
Mahasiswa Islam desak Mufti Perak minta maaf atas kenyataan darah peserta Turun ‘halal’
January 02, 2014
Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak Tan Sri
Harussani Zakaria (gambar) memohon maaf kepada rakyat kerana melabelkan
para peserta perhimpunan ambang Tahun Baru yang lalu sebagai 'bughah'
atau pemberontak.
"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," kata Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian dalam kenyataannya.
Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu
perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah
mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak.
“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka
kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan
bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam
perhimpunan “haram” malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak
alim tetapi tidak memahami al-Quran.
Beliau juga dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.
Bukhairy bagaimanapun berkata tujuan himpunan adalah untuk memberi
isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang,
bukannya mengguling kerajaan.
"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.
Beliau bertanya, dalam keadaan negara yang menanggung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku,
"Adakah mufti tidak nampak perkara ini. Adakah itu tidak zalim?"
Bukhairy juga mempersoalkan pendirian mufti itu berkenaan peruntukan untuk konsert di Dataran Merdeka sebanyak RM15 juta
"Adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" soalnya.
Bagi beliau, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.
"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi.
Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," tambahnya. – 2
Januari, 2014.
bughah-bughah sedang bersolat dan berhimpun
0 orang berkata:
Post a Comment